25 May 2022

Goodies Untuk Kenduri Sabtu Ni @ 28/05/22

 Kalau buat kenduri kahwin, salah 1 perkara yang susah juga kita nak pikirkan ialah goodies. Apa la nak diberi kepada tetamu nanti. Pikir punya pikir ok la...Kita buh biskut biskut je la...
1 lagi masalah nak mencari biskut ni bukan senang dan bukan semua kedai ada jenis yang kita ingin kan... Nak beli dari KL malas la pula nak membawa nya... Jadi ku suruh Nadia cari di area Ipoh...
Sampai je area Kinta boleh tahan juga mahalnya biskut yang mereka jual. Ada tu tak jual setin, jual perkilo lagi la mahal. Aku baru teringat nak mengoogle kedai yang jual biskut ni...
Bila ku google dapat la 1 kedai menjual biskut di area Batu Gajah.
Kali ni kedai ni memang murah...tapi banyak juga la stok yang dah habis.... Maklum la semua nya nak guna kan biskut ni sebagai goodies kan.....


Biskut Mini Stick ni RM50.00 setin @ 4 kg
Yang ni beli di area Kinta


Ini biskut drumstick RM61.30 @ 5 kg
Harga termasuk tin ku beli ni Kedai Biskut Ceqa

Yang ni Biskut Iced Gem RM50.00 @ 4 kg
Harga termasuk tin. Ni beli di area Kinta

Ini biskut milk bear RM55.30 @ 4 kg.
Harga termasuk tin.
Yang ni aku beli 2 tin, 1 perisa susu 1 lagi perisa strawberry

Yang ni biskut seafood RM49.90 @ 4 kg.
Harga termasuk tin

Yang ni biskut donut pineapple RM57.00 @ 5 kg.
Harga termasuk tin.

Masa beli biskut ni aku berurusan melalui whasapp je...Dengan staff mereka namanya Nabilah.
Peramah dan sangat membantu...Menurut Nabilah kalau setakat area Ipoh mereka boleh buat COD je, mudah kan..tapi aku tinggal di Bota... In Sha Allah kami boleh hantar juga kak....sebab ada juga customer kami yang tinggal di Lumut... Kalau pada sesiapa yang ingin membeli biskut boleh la datang ke kedai ni. memang aku rekomen ssgt....

Nama Kedai :
Biskut Ceqa Batu Gajah : 017 - 941 0503

Staff nya :
Nabilah : 017 - 344 7301

Roti Jala Kari Daging Menu Hari Ini

 Tak tahu dah nak bawa bekal apa..Hari ni last dah, esok aku mula bercuti sebab kenduri kawen along nanti...Masak simple simple dah la ye...Alif bangun pagi sebelum ke sekolah nampak roti jala...
ooo hari ni bekal roti jala ke...Alif suka la....lama tak makan...

Ini sarapan pagi aku
Roti jala kuah kari daging...bersama semug white coffee

Yang ni baki untuk Alif makan balik sek nanti....

Yang ni bekal untuk aku makan waktu tengahari...

Yang ni bekal Alif...aku buh lebih sebab hari ni ada koko..
Alif balik lambat jadi cukup la bertahan sampai balik sek nanti...

Diam tak diam dah pun minggu akhir...sabtu ni hari perkahwinan anak aku yang sulong..
Berdebar rasa nya...macam mana la keadaannya nanti...
Semoga dipermudahkan semuanya....

Dinner Semalam Nasi Goreng Ikan Pelaling

 Semalam bila balik je rumah ku lihat nasi goreng yang ku masak pagi semalam masih berbaki...Alif makan sikit je...Sayang rasanya nak buang... lagi pun tak basi lagi...nasi ni aku masak subuh semalam...
Ku panaskan semua..ku tambah telur dadar dan juga beberapa potong mangga

Nasi goreng ni aku buh isi ikan...Ikan pelaling yang digoreng dah diracik isi nya...
Tu yang buat nasi goreng tu sedap... 
Magga tu pula Magga Golden Dragon ku beli masa pergi ke Kuala Gula singgah di simpang keluar tol Taiping.... Mangga ni manis sangat....rugi nya beli tak banyak...
Lama juga aku tak guna pinggan SSS...Nadia kata ye ke SSS kang lepas ni makan dalam talam...
Haip..... jangan nak buat cerita ye.....

23 May 2022

Tukar Sportrim Kereta

 Nak ikutkan memang dah lama plan nak tukar sportrim kereta Fatahul ni tapi ye la nak kenduri nak guna duit juga kan... Hari ahad aku ajak hb ke rumah di Tronoh, bawa je la kereta Fatahul ni... Sebelum ke Tronoh kami singgah sarapan di Bota Kanan dulu...
Hb tengok tayar kereta Fatahul, Eh tayar ni dah terkopek la...Bahaya juga kan kalau tayar dah ada masalah masih tak tukar... Jadi kami mengambil keputusan untuk ke Batu Gajah saja.
Kedai ni pun senang je cari simpang 4 Batu Gajah belok kanan kalau dari Tronoh ke Ipoh.
Bila belok ke kanan je boleh nampak signboard JRD tinggi tinggi tu...sebelah kanan....


Ni sportrim lama Fatahul...tengok la punya kotor kereta tak bercuci, hb dah mula bising tak pandai jaga kereta...





Kami pun pilih la sportrim mana yang berkenan. bila dah banyak sangat rambang mata la jadi nya...
Sportrim ni yang saiz 15.

Akhirnya kami pilih yang ni, design ni baru lagi tahun 2021 warna pun light gold. kot gold dah macam Nadia punya nanti... tukar sekali dengan 4 biji tayar jenama Hankook.
Jumlah harga sportrim ni RM1,580.00 termasuk tayar. Sportrim saja RM860.00
Tayar 4 biji RM720.00. Mereka ambil tayar & sportrim yang lama cuma RM300.00 saja
Jadi nya total keseluruhan RM1,280.00.

Baru la sedap mata memandang...yang tak sedap dah tentu la poket aku kan...
hehehe...

Dah siap tukar tayar kami ke carwash. nampak kereta MYVI ni.
Eh sama la dengan Fatahul cuma sportrim dia warna pink.
Aku ambil gambar tunjuk kat Fatahul, memang dia percaya tu kete dia...
Alamak kenapa mama tukar sportrim pink....
Tapi bila aku balik dia tengok sportrim yang sebenarnya...suka la dia.
Hb beri amaran, tolong jaga kereta jangan calar sana sini, kemas kereta jangan berserabut penuh pasir.
Fatahul mengiyakan je la...
Erm...

Nama kedai tu :
Damai Air Trading Batu Gajah
No tel : 05-288 3788 / 05-288 4788







JS Muara Kuala Gula

 Hari sabtu 21/05/22 kami pulang ke kampung, bulan ni tiap kali weekend mesti balik kampung. Selagi la urusan kahwin tak selesai.... Sampai je kampung masih awal dalam jam 12 tengahari macam tu. Aku ajak hb ke JS Muara Kuala Gula lama kita tak makan kat situ... Ajak Nadia & Shahira mereka malas nak ikut. Mak pula nak pergi ke kenduri kahwin. Jadi nya aku, hb n Alif je la yang pergi.
Masa pergi kami ikut Kuala Kangsar, jalan elok sikit kalau nak dibandingkan Jalan Berus - Changkat Jering, jalan yang berliku liku dan keadaan yang tak berlubang lubang bertampal tampal...
Sampai je Kuala Kangsar terus naik tol Kuala Kangsar dan exit ke Taiping... dari situ jalan je terus sampai nampak simpang Kuala Gula....Mula mula aku call, lepas tu mereka suruh whatsapp saja. Bila whatsapp lambat nak reply sempat la aku sampai kat kedai. Bila sampai tengok tak la ramai orang pun mungkin masa tu dalam jam 2.30 petang kot.....

Aku pilih 2 orang makan iaitu Set D
Ada nasi putih 2,
Sayur,
ikan bawal,
telur dadar 2 biji,
Udang goreng tepung 
dan air sunquick 2 gelas
Aku tambah 4 ekor ketam kulit lembut tu @ RM12 seekor
dan jua ABC


ABC RM4.00 sedap sangat

JS Muara ni restoran yang terapung didalam air. Bila orang berjalan terasa la berbuai buai tu...pening juga kepala aku. Mungkin aku tak biasa kot macam ni....

Kiri tu la Restoran Terapung JS Muara

Ini sangkar untuk mereka ternak ketam ni...sebab tu stok sentiasa ada

Dari sini boleh nampak chalet di tepi muara laut ni... boleh la sapa sapa nak sewa chalet ni..
Boleh la memancing dari balkoni chalet ni je...

Pemandangan disekitar JS Muara ni.
Harga makanan kat sini bagi aku ok je...Rasa pun biasa juga tapi disebabkan nak makan ketam kulit lembut ni aku datang la kat sini.. tempat lain mana dapat kan..
Kesemua harga makanan kami 
Set D - RM35.00
Ketam 4 ekor @ RM12.00 - RM48.00
ABC - RM4
Jumlah nya RM87.00 sahaja...
Boleh juga kalau korang nak booking.
Boleh contact no owner ni
Puan Saloma : 016 - 541 8751

Kot nak tanya stok ikan sembilang ke..harga terkini ketam ke...
Call or whatsapp....






20 May 2022

Sarapan Simple Je Pagi Jumaat

 Sarapan pagi hari jumaat...lama tak pekena telur mata buh kicap pedas mahsuri...
Semalam lagi dok pikir esok nak sarapan macam ni je la...mudah...
Untuk Alif aku goreng kan nugget guna AF je mudah dan cepat....
Lupa nak ambil gambar nugget Alif....

Telur mata 2 biji dengan essenso coffee..
Untuk makan tenghari...aku cuma bawa bekal nasi dan ikan goreng...buh kicap...
Lama tak makan macam ni...nasib la nasi aku tak kembang, masak elok je....
Untuk makan tengahri Alif, aku buat kan ayam masak merah...
Cukup la tu...menu untuk hari jumaat yang barakah ini....

Takoyaki Pagi Jumaat

Semalam kawan ofis dah cakap...Kak esok nak order tako 1 set...
nak buat buka puasa. Pagi aku bangun lepas siap masak untuk makanan bekalan, aku pun mula la membuat tako...
Ni la hasil tako aku...
Inti nya cuma ada sosej dan crabstick je lain lain aku tak buat....

Masa tengah masak

Dah siap masak saja aku garingkan jadi tak la lemau nanti masa nak makan bila dah sejuk

Siap ku taburkan dengan sos tako, mayo dan aanori seaweed

Siap tabur dengan bonita..kot takde yang ni memang tak sedap la masa makan tako nanti...
Ini la bisness kecil kecilan aku...walaupun tak banyak ok la...
Kalau banyak sangat memang aku tak larat nak membuatnya..
Ini cuma bisness masa lapang aku je.....











 

Makan Malam Di Lotus Taman Midah

Semalam balik je dari kerja aku terus plan nak masak ayam masak merah je untuk dinner malam ni.
Dalam aku tengah cuci beras, hb call, Alif yang jawap..Mama mana.. Mama masak...Malam ni tak yah la masak...abg on the way balik ni jalan jem...kita makan kat luar je...makan kat mana tu...mana mana je la...kita makan kt Lotus nak tak lama tak makan claypot chicken rice...boleh la...tapi bila sampai je di Lotus...takde pun orang jual claypot yang ada hotplate je, sebelum ni kat Giant Kinrara pun takde, Lotus Kajang pun takde...ke memang takde dah jual claypot ni..mungkin aku je yang tak tahu....
Jalan jalan sambil menunggu makanan aku ambil la beberapa gambar kedai yang ada di Lotus Taman Midah ni.. 

Ada Big Apple, cadangnya nak beli tapi tak banyak pilihan dah mungkin sebab dah malam kan....Kalau siang tu mesti banyak pilihan donut...

Ada Famous Amos selalu aku beli cookies dia je...Walau pun mahal tapi rasanya sedap sangat...

Keropok lekor pun ada

Pelbagai kerepek, kekacang, gula gula....
Masa bulan puasa konon nak makan kat TCRS..selalu penuh...
Ni dah tak penuh tak nak lak aku makan...hehehehe..

Antara stall yang ada

Alif beli western di sini

Sushi...paling suka kalau datang Lotus...mesti beli su sushi

Mochi, aku ambil warna pink tu inti kacang merah...
Alif paling suka makan mochi

Yang ni Hotplate mushroom chicken rice untuk hb

Grill chicken chop untuk Alif

Hotplate yee mee untuk aku...
Lepas makan kami balik.
Singgah di watson permaisuri jap...
Kenapa tak pergi watson kt Lotus je kan ada.... la ye ke....













19 May 2022

Bekalan Pagi Ni Sohun Goreng & Spagethi Aglio Olio

 Bangun pagi ni celik je mata...nak masak apa la untuk bekalan...Aku memang kena bawa bekal atau kena tapau siap siap dari rumah. Sebabnya tempat kerja aku memang payah nak makan makanan melayu...lagi pun aku jenis yang malas nak keluar waktu rehat nak rayau rayau cari makan tu.....


Untuk aku, aku buat sohun goreng je...buh pelbagai sayur baru la meriah nak makan..
Aku tambah dengan sebiji telur mata dan juga ayam tender yang ku goreng dengan AF je...
Malas aku nak percit percit minyak....
Siap tabur dengan cili flakes sikit...baru la umh......


Yang ni bekalan untuk Alif, 
Hari ni Alif balik lewat ada latihan rumah sukan...
Jadi ku bekalkan lebih la sikit untuk Alif...
Ku tambah dengan 2 keping ayam tender....

Ini lebihan spagethi buh siap siap dalam bekas...
Nanti Alif balik sekolah boleh la makan lagi...
Malam nanti aku masak yang lain pula....
Masak apa ye...nanti la tak pikir lagi....









Dinner Semalam Maggi Je @ 18/05/22

Dari ofis lagi aku dok mikir nak makan apa la malam ni...Malasnya nak makan nasi..Kat rumah memang banyak stok maggi ni pelbagai perisa..Kang tak dihabiskan nanti expired pula...
Sampai rumah tanya Alif nak makan apa....Seharian aku dah makan nasi impit dengan daging masak hitam kan...so tukar selera la pula....


Maggi goreng ni untuk Alif...
Maggi goreng perasa cili kampung...tapi tak pedas mana pun kalau nak dibandingkan dengan maggi goreng perisa sambal......Alif nak juga telur mata cair 1 ye mama...
Okeh......



Ni untuk aku...
Mamee Chef perisa lontong...kalau jenama mamee aku memang suka perisa ni sedap sangat...
Untuk aku harus la ku letak kan pelbagai bahan sawi, fishball, fishcake, sosej, crab stick dan juga telur mata...baru la syok makan kan....kenyang weh....


Yang ni untuk hb...
Disebabkan aku ni mempunyai penyakit resdung memang aku tak boleh makan maggi perisa udang ni..kot makan lepas tu kena telan ubat alergik la jawapnya....
Ni maggi perisa udang...aku cuma letak fishball, fishcake, sosej, crabstick dan juga sebiji telur mata.
Hb tak mo sayur...tabur kan dengan daun sup...
Sedap hb kata...kenyang sangat...









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...