19 May 2022

Bekalan Pagi Ni Sohun Goreng & Spagethi Aglio Olio

 Bangun pagi ni celik je mata...nak masak apa la untuk bekalan...Aku memang kena bawa bekal atau kena tapau siap siap dari rumah. Sebabnya tempat kerja aku memang payah nak makan makanan melayu...lagi pun aku jenis yang malas nak keluar waktu rehat nak rayau rayau cari makan tu.....


Untuk aku, aku buat sohun goreng je...buh pelbagai sayur baru la meriah nak makan..
Aku tambah dengan sebiji telur mata dan juga ayam tender yang ku goreng dengan AF je...
Malas aku nak percit percit minyak....
Siap tabur dengan cili flakes sikit...baru la umh......


Yang ni bekalan untuk Alif, 
Hari ni Alif balik lewat ada latihan rumah sukan...
Jadi ku bekalkan lebih la sikit untuk Alif...
Ku tambah dengan 2 keping ayam tender....

Ini lebihan spagethi buh siap siap dalam bekas...
Nanti Alif balik sekolah boleh la makan lagi...
Malam nanti aku masak yang lain pula....
Masak apa ye...nanti la tak pikir lagi....









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...