25 May 2022

Goodies Untuk Kenduri Sabtu Ni @ 28/05/22

 Kalau buat kenduri kahwin, salah 1 perkara yang susah juga kita nak pikirkan ialah goodies. Apa la nak diberi kepada tetamu nanti. Pikir punya pikir ok la...Kita buh biskut biskut je la...
1 lagi masalah nak mencari biskut ni bukan senang dan bukan semua kedai ada jenis yang kita ingin kan... Nak beli dari KL malas la pula nak membawa nya... Jadi ku suruh Nadia cari di area Ipoh...
Sampai je area Kinta boleh tahan juga mahalnya biskut yang mereka jual. Ada tu tak jual setin, jual perkilo lagi la mahal. Aku baru teringat nak mengoogle kedai yang jual biskut ni...
Bila ku google dapat la 1 kedai menjual biskut di area Batu Gajah.
Kali ni kedai ni memang murah...tapi banyak juga la stok yang dah habis.... Maklum la semua nya nak guna kan biskut ni sebagai goodies kan.....


Biskut Mini Stick ni RM50.00 setin @ 4 kg
Yang ni beli di area Kinta


Ini biskut drumstick RM61.30 @ 5 kg
Harga termasuk tin ku beli ni Kedai Biskut Ceqa

Yang ni Biskut Iced Gem RM50.00 @ 4 kg
Harga termasuk tin. Ni beli di area Kinta

Ini biskut milk bear RM55.30 @ 4 kg.
Harga termasuk tin.
Yang ni aku beli 2 tin, 1 perisa susu 1 lagi perisa strawberry

Yang ni biskut seafood RM49.90 @ 4 kg.
Harga termasuk tin

Yang ni biskut donut pineapple RM57.00 @ 5 kg.
Harga termasuk tin.

Masa beli biskut ni aku berurusan melalui whasapp je...Dengan staff mereka namanya Nabilah.
Peramah dan sangat membantu...Menurut Nabilah kalau setakat area Ipoh mereka boleh buat COD je, mudah kan..tapi aku tinggal di Bota... In Sha Allah kami boleh hantar juga kak....sebab ada juga customer kami yang tinggal di Lumut... Kalau pada sesiapa yang ingin membeli biskut boleh la datang ke kedai ni. memang aku rekomen ssgt....

Nama Kedai :
Biskut Ceqa Batu Gajah : 017 - 941 0503

Staff nya :
Nabilah : 017 - 344 7301

2 comments:

  1. Hi boleh tahu kedai yg area kinta tu kedai ape ye? Sdg hunting biskut mini stick. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya takde lokasi tepat tapi dekat area Super Kinta tu kedai dekat dekat situ

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...