Hari sabtu 21/05/22 kami pulang ke kampung, bulan ni tiap kali weekend mesti balik kampung. Selagi la urusan kahwin tak selesai.... Sampai je kampung masih awal dalam jam 12 tengahari macam tu. Aku ajak hb ke JS Muara Kuala Gula lama kita tak makan kat situ... Ajak Nadia & Shahira mereka malas nak ikut. Mak pula nak pergi ke kenduri kahwin. Jadi nya aku, hb n Alif je la yang pergi.
Masa pergi kami ikut Kuala Kangsar, jalan elok sikit kalau nak dibandingkan Jalan Berus - Changkat Jering, jalan yang berliku liku dan keadaan yang tak berlubang lubang bertampal tampal...
Sampai je Kuala Kangsar terus naik tol Kuala Kangsar dan exit ke Taiping... dari situ jalan je terus sampai nampak simpang Kuala Gula....Mula mula aku call, lepas tu mereka suruh whatsapp saja. Bila whatsapp lambat nak reply sempat la aku sampai kat kedai. Bila sampai tengok tak la ramai orang pun mungkin masa tu dalam jam 2.30 petang kot.....
Ada nasi putih 2,
Aku tambah 4 ekor ketam kulit lembut tu @ RM12 seekor
Harga makanan kat sini bagi aku ok je...Rasa pun biasa juga tapi disebabkan nak makan ketam kulit lembut ni aku datang la kat sini.. tempat lain mana dapat kan..
Set D - RM35.00
Ketam 4 ekor @ RM12.00 - RM48.00
ABC - RM4
Jumlah nya RM87.00 sahaja...
Boleh contact no owner ni
Puan Saloma : 016 - 541 8751
Kot nak tanya stok ikan sembilang ke..harga terkini ketam ke...
Call or whatsapp....
No comments:
Post a Comment