Roti jala kuah kari ayam.
Order hari isnin. Dah banyak kali juga la kawan kat ofis ni tanya bila nak buat roti jala...
Banyak kali juga la aku tangguhkan. Nak buat roti jala ni bukan la mudah.
Kali ni aku cuma buat sekilo tepung. Dapat la 70-80 biji.
Roti ni tak la besar tapi ok la. Berbaloi la dengan harganya cuma RM3 je se set.....
Aku buat dapat la 12 pack. Bakinya untuk bekalan aku dan juga untuk Nadia dan HB kat rumah.
Mereka tak bekerja kerana cuti Sultan Selangor. Orang orang KL je la yang bekerja.
Jalan pun tak jem kan....
Alhamdulillah. Walaupun order tak banyak tapi aku bersyukur dengan rezeki yang diberikan....
Amiin....
No comments:
Post a Comment