Cerita di hari konvokesyen Nadia. Mak dan Fatahul datang ke KL. Jadi nya sebelum sehari konvo tu aku ambil cuti bawa mak dan Fatahul makan di Ikea Cheras. Kalau nak makan kat sini masa weekend memang ramai orang. Kalau makan masa weekday memang syok la.
Hari ni hari selasa. Jadi nya ada la mee bakso kan... Sebelum ni aku pernah datang juga makan kat sini pada hari isnin... Ceritanya DI SINI
Bila makan dengan anak anak banyak la menu yang aku order dan menu yang mereka minta.....
Yang meatball tu untuk Fatahul dan Alif,
Nasi lemak pandan tu untuk aku
Mee bakso untuk aku dan juga mak
Meatball kanak kanak tu untuk mak
Popia tu kot datang wajib la beli memang sedap...
Dan tak lupa juga mushroom soup tu la....
Air pula air sejuk je Alif dan Fatahul kongsi... sebab boleh refill kan....
Dan secawan kopi untuk mak.....
Bila dah makan tu rasa nya tak berapa nak cukup.
Fatahul dan Alif pergi lagi ambil kepak ayam goreng sepinggan dan juga lagsana ayam...
Sedap nya.... Bila dah selesai makan kami berjalan jalan melihat showroom Ikea.
Mak seronok tengok hiasan dari Ikea ni. Tapi harga barangan nya....
Mak aiii.... Kata mak..... Hahaha....
Gitu la cerita kami hari tu...
No comments:
Post a Comment