04 January 2023

Roti Jala Kari Ayam ~Tempahan Di Ambang Tahun Baru 2023

 Lepas je terlelap ayam (ada ke peribahasa macam ni) hehehehe...
aku bangun sambung menjala... nak ikut kan bukan senang weh nak menjala 2 kilo tepung...
Pagi tadi dah buat sekilo tepung, tghr ni sambung 2 kilo.
Nak tumpor kaki berdiri lama lama kata orang Perak.
Tapi ye la dah nama nya rezeki tempahan orang kita buat la juga. 
Lagi pun Nabil nak makan roti jala bersama sama dengan keluarga nya sambil menyambung tahun baru malam ni. dekat 2 jam lebih juga la aku menjala..... 
Menjala roti jala ni... makin lama makin syok... cuma nya tak tahan kaki kejang la berdiri lama....


Roti jala kuah kari ayam

Roti jala untuk sekilo tepung ni boleh la dapat dalam anggaran 80-90 biji.
Aku jual roti jala tak kira biji. Aku kira sekilo tepung senang.
RM30.00 untuk sekilo tepung...

Kuah kari ayam pula aku kira RM30.00 untuk setengah ekor ayam yang di cincang kasar bersama dengan kentang.... Rata rata feedback yang positif dari customer yang beli roti jala ku ini.
Alhamdulillah....rezeki dari Mu...

4 comments:

  1. Sis nak tanya.. Kalau sis kira 1kg tepung tu.. 1kg tepung yg dah siap ke, atau 1kg dari roti jala yg siap dijala ye? Dan berapa harga ye sis, kalau nak order roti jala sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1 kg tepung tu yang belum siap tu. bukan dh siap bancuh timbang 1 kg, kalau nak roti saja pun blh sis Rm30 utk 1 kg tepung (80-85 biji)

      Delete
  2. maaf bertanya... jadi total roti jala kari ayam tu berapa sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau 1 set RM60 (roti RM30 + kari ayam 1/2 ekor n kentang RM30)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...