22 July 2020

Muffin Pisang Coklat Chip ~ Yummy

Assalammualaikum....
Selepas je pulang kerja semalam, lepas je solat magrib, ku lihat pisang yang mak bagi hari tu masih berbaki 2 ketul... Pada busuk macam tu je baik ku buat muffin.
Kalau buat cokodok tak pasti habis ke tidak ni.
Kalau kalian sedia maklum, seisi rumah memang tengah berdiet sekarang.
Dan kebetulan ni ada anak anak yang datang tuisyen, jadi ku buatkan lah untuk mereka.
Kali ni ku letak kan coklat chip sebabnya kopi chip dah habis....



Comei kan....
Kecik kecik je, bila masak bau nya semerbak rumah...
Jom kita lihat resepi.
Tapi di post sebelum nya aq dah kongsi kan resepi tu tapi ku kongsi kang lagi sekali la ye...


RESEPI MUFFIN PISANG BERSAMA COKLAT CHIP

Bahan A (Kering)

1. 2 cawan tepung gandum
2. 1 sudu kecil soda bikarbonat
3. 1 1/2 sudu kecil baking powder

Semua ni kita ayak untuk mendapat kan tepung yang halus dan tak berketul.

Bahan B (Basah)
1. 200 gram pisang yang dilenyek (3-4 biji)
2. 1/2 sudu kecil garam
3. 2 biji telur
4. 1 1/3 cwan gula perang - kalau guna gula putih kurang kan jadi 1 cawan
5. 1/2 cawan minyak masak
6. 1/3 cawan susu segar nak letak susu cair pun boleh
7. 1/2 sudu esen vanilla
8. Coklat chip (aq letak kopi chip)
9. Badam dan juga coklat chip sebagai hiasan (topping)

Satu kan bahan B
Bila dah sebati masukkan bahan A ke dalam bahan B sedikit demi sedikit
Bila dah sebati
Panas kan oven dalam 10 minit
Bila dah panas mula la membakar dalam 20 minit suhu 170 bergantung kepada oven masing masing.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...