16 July 2020

Makan Malam Di Tepi Laut Lumut


Hari khamis 09/07/20 aq mengambil cuti separuh hari kerana ingin pulang ke kampung.
Kenapa aq pulang ke kampung...nanti kan cerita ku yang seterusnya ye...
Bila dah siap membeli barang barang di pekan Ayer Tawar ku pulang ke rumah mak.
Selepas magrib kami ke Astaka Sitiawan untuk makan Steamboat dah lama tak makan semenjak pkp lagi. Tapi sayang astaka tutup maybe hari khamis malam jumaat kot. Kedai ni memang tutup.
Jadi hb tanya nak ke mana kita ni makan.
Daku beri cadangan kita makan di gerai tepi laut berhampiran dengan kuarter TLDM tu je la.
Dulu di sini tidak la semeriah sekarang ni.
Dah ada gerai satay & gerai western.
Selain gerai yang sedia ada tu menjual bihun sup, laksa, char keo teow dan lain lain lagi...

Ni gerai western & gerai satay.

Yang dihujung tu la gerai yang jual goreng goreng tu...

Ramai kan orang yang nk order makan goreng goreng tu.
Rasa makanan di sini memang sedap dan harga juga perpatutan...

Yang ni burger special (ayam + telo ) untuk Alif.

Chicken cop untuk mak,
Cheese wages
Meat ball
Bagi aq kuah sos tu tawar sikit la
Harga untuk 4 menu ni cuma RM 18.90 ...
Haaaaa murah kan...

Yang ni nasi goreng cili api telo mata untuk aq...

Yang ni pula keo teow goreng untuk my hb

Air pula
Teh ais untuk mak
Aq & HB milo kosong ais
Alif horlick ais

Di kejauh tu boleh nampak kemeriahan lampu lampu kapal.
Sungguh cantik dan mendamaikan.
Selepas je makan, kami terus pulang tak sempat nak singgah di Dataran Lumut kerana hari dah lewat malam. Esok nak bangun awal...
Nak kemana tu...nanti cerita next enty la ye....
Layan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...