16 July 2020

Happy Birthday Raisya Umairra Yang Ke 7 Tahun


Selamat hari lahir buat Raisya Umairrah yang ke 7 tahun. Semoga mejadi anak yang solehah penyejuk hati ayah dan ibu... Semoga menjadi anak yang cemerlang dan pintar ye...

Baru hari ni ku berkesempatan untuk mengupdated nya...
Majlis hari jadi Raisya diadakan pada 05/07/20 iaitu hari ahad.
Hari lahir sebenar Raisya bila ye...ku tak pasti la pula...


Ini dia birthday girl... Raisya Umairrah

Ada Nasi dagang, satay, roti jala, pulut kuning, rendang ayam, nasi impit kuah kacang,
Puding, muffin kuih muih dan banyak lagi.
Yang pasti nya diet ku ke laut hari ni ye....
Huhuhu....



Banyak sungguh menu yang kawan ku Miza ni buat.
Ada juga yang di tempah dan juga pemberian kawan kawan sempena haji lahir Raisya.
Yang pasti nya menu nasi dagang sold out.
Di sebabkan kawan ku Miza ni orang Ganu dah tentu tentu la menu Ganu pasti ada....


Bersama kawan kawan ku
Dari kiri : Kak Ecah, Kiah, Kak Sal, Me, Ina Nurin & Tuan rumah Miza




Antara tetamu dan kawan kawan yang hadir.....
Apa apa pun terima kasih diatas jemputan.
Menu tuan rumah memang banyak dan terbaik.
Semua sedap belaka.
Terima kasih diatas gift yang diberikan.
Semoga kawan ku Miza dimurahkan rezekinya kerana sudi menjamu kawan kawan di majlis sambutan hari lahir buat Raisya.....
Apa apa pun Korang
Layan Je....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...