16 July 2020

Bingka Ubi Sarapan Pagi Minggu

Hari sabtu 11/07/20 aq mengajak HB mencari stok buah buahan ku dan juga Nadia.
Selain tu singgah juga di BWY di Bandar Puteri Puchong.
Tengok apa yang berkenan di hati.
Tapi banyak tray macam banana cake tu out of stock...
Aq memang dah lama idamkan tray macam tu....
Lepas tu kami meneruskan ke Jalan Kebun di Shah Alam...
Nasib kami baik kerana masa itu terdapat banyak stok buah yang baru sampai.
Aq juga terpandang kan ubi kayu. Dalam hati buat bingka ubi pun sedap ni....
Ku beli sekilo cuma RM3 je....
Jadi nya...Pagi pagi ahad lepas solat subuh, gigih weh aq memarut ubi kayu.
aq lebih suka parut dibandingkan blender ubi tu ada rasa kasar2 ubi kayu tu....

Ni bingka ubi kayu ku...
Masak dengan jaya nya...
Aq buat 2 tray jadi nipis la bingka ku.
Kalau nak buat 1 tray pun blh.
Tray yang pertama suam suam dah ku potong tak sabar nak makan....
Jadi lembik la sedikit.
Tray yang ke 2 baru la elok keras masa ku potong tu...HB & Alif suka sangat makan bingka ni....

Jom lihat resepi bingka ubi kayu ku...
RESEPI BINGKA UBI KAYU

4 cawan ubi kayu yang dah siap di parut
2 cawan santan ku kurangi sikit dalam 1 3/4 cawan
1 cawan gula ku kurangi sedikit sbb aq bukan pemanis org nya
sedikit pewarna kuning
sedikit garam

CARA CARA

1. Campur ke semua bahan 
2. Kacau biar sebati
3. Oleskan tray dengan planta atau minyak pun boleh
4. Bakar dengan suhu 180 darjah selama 1 jam 30 minit
5. Dalam 1 jam tu bingka dah garing ku sapu planta di atas bingka dan terus kan membakar sehingga masak.
6. Dah betul betul sejuk baru la ku potong...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...