16 July 2020

Selamat Menjadi Warga USAS Buat Fatahul

Assalammualaikum.....
Hari ni jumaat 10/07/20 adalah hari terakhir kemasukan pelajar pelajar di Universiti Sultan Azlan Shah.. Jadi aq memilih hari ini untuk menghantar dan lapor diri Fatahul di sini.
Kenapa aq lewat mendaftar erm....ada la cerita disebalik kisah itu. Biar je aq yang tahu.
Nak ikut kan permohonan Fatahul pun tidak lengkap juga. Nasib la staff USAS sangat baik dan melayan daku sebaik mungkin.
Jadi pagi pagi selepas solat subuh aq dah bertolak dari rumah mak ke Kuala Kangsar. 
Sampai dalam jam 8.00 pagi.
Ku lihat ramai juga la pelajar pelajar yang mendaftar.
Kami ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan, hanya pelajar sahaja kerana PKP ni kan
dan kena la ikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.
Sebelum tu..anak ku Fatahul kira nya yang no 3 la ye telah memilih untuk menyambung pengajian nya di Universiti Sultan Azlan Shah, Kursus Diploma Pengajian Islam selama 2 tahun.
Jadi tak lama kan. USAS ni terletak ni Bukit Chandan Kuala Kangsar. Kalau dah pergi ke sini, boleh la nak singgah di Istana Iskandariah, Masjid Ubudiah...semua tu dah dekat dh tu.....

Sebelum bersetujuan dengan tawaran USAS, Fatahul juga mendapat tawaran di KUIS  dengan tawaran kursus Al Quran Sunnah.  Selain menyambung pelajaran ke Universiti aq juga ada meminta Fatahul untuk mengulangi paper math. Jadi aq membiarkan sahaja tawaran daripada KUIS dan juga USAS.
Tetapi pada 07/07/20 Fatahul mendapat panggil daripada USAS...erm apa lagi beliau pun menelefon aq  meminta kebenaran untuk menyambung pengajian ke USAS.
Apa lagi benda dah last minit paham paham saja la apa kelengkapan pun tak buat lagi tak beli lagi, medical check up, buka akaun bank....banyak benda weh tak buat lagi.....
Nasib la pihak pengurusan USAS sangat baik dan menolong sehingga la aq berjaya menyediakan kelengkapan sebelum tarikh akhir pendaftaran iaitu 10/07/20.

Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dahulu dikenali dengan nama KUISAS
Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah.


Pelajar akan beratur di sini untuk membuat pemeriksaan suhu badan.
Parents tunggu di luar ini sahaja.

Pintu utama USAS
Kami tak dibenarkan masuk.
Kot tak boleh la aq meronda kawasan USAS kan
Hahaha...

Aq main ambik je gambar dari luar.
Tah apa la ni....
Hari pun mendung je...

Yang ni kolej kediaman pelajar lelaki.
Ni di luar kampus.
Dalam kampus asrama pelajar wanita sahaja.


Kolej ni baru lagi.
Banyak kedai belum buka lagi.

Ini pula cafeteria U.
1 je cafe kat sini. Ini ada 2 buah cafe la sebelah sebelah je..
Mula mula aq pelik 1 je, cukup ke untuk menampung pelajar yang ramai nanti.
Rupa nya kolej pelajar lelaki terasing jadi mereka akan makan di kolej lelaki la ye....
Banyak restoran kat bawah kolej mereka tu...

Bahagian air

My mum, my hb & Alif sedang menikmati sarapan pagi.
Lapar kan dari pagi tadi tak makan lagi...

Yang ni pula bilik pelajar lelaki.
Selesa sangat. 1 bilik 2 katil bujang
Aq tidak dibenarkan masuk.
Gambar ni pun hasil tangkapan Fatahul...Main dan je la....
Tengok tilam pun tak buka plastik lagi
ada 1 katil beserta tilam, almari baju dan juga meja study..


Yang ni pula tandas mereka.
Jadi macam mana nak cakap ye...
Ini lah kemudahan penginapan yang di sediakan oleh pihak USAS untuk pelajar pelajar nya.
Memang sangat sangat selesa...Bersyukur dengan apa yang diberikan.
Moga lepas ni Fatahul lebih bersemangat lagi untuk terus belajar dan berjaya menjadi pelajar yang cemerlang.

Ni gambar pagi sementara tunggu Fatahul buat pendaftaran.


Fatahul berlatar belakang kan kolej kediaman.






Sebelum pulang diabadikan gambar buat kenang kenangan.
Alif : Alif pun nak sekolah kat sini la macam abang...
Hehehe....
Boleh, belajar bersungguh sungguh ye Alif....

Selamat menjadi sebahagian warga USAS buat Fatahul.
Belajar rajin rajin sehingga berjaya.
Kejar cita cita yang diimpikan...

Selepas semuanya selesai...apa lagi jom kita pekena laksa kuale......
Tengok laksa ni biasa je tapi laksa nya tu memang tak sama dengan laksa yang kita salu makan tu.
Kalau sesiapa sampai di Kuala Kangsar, moh ler singgah di gerai bersebelahan dengan tebing sungai perak.....Jawapnya selalu la aq akan ke Kuala Kangsar ye....
Hehehe...
Layan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...