20 July 2020

Muffin Pisang Bersama Kopi Chip

Hari sabtu 18/07/20 aq tak pergi mana mana pun...
Cuaca yang mendung dari pagi sampai la ke malam hujan turun tak berhenti henti.
Dengan angin yang kuat, nasib rumah ku dah bertukar tingkap kot tak, jenuh la nk mengemop umh banjir... Aik...dok tinggi pun banjir ke... Ye banjir bagi mereka yang mempunyai pengalaman macam aq je yang paham istilah banjir yang ku kata kan...
Jadi lepas je magrib...apa lagi ku mula kan la projek malam minggu...
Ni la kerja aq kalau tak ada apa apa program...
Hehehe...
Disebabkan minggu lepas balik kampung, mak bagi pisang yang dh siap di kupas kulit nya lagi....
Sayang pula kalau aq tak pikirkan sesuatu pada pisang tu busuk macam tu je kan...
Aku memang gemar buat muffin berbanding kek kerana rupa nya yang comei dan di letak di dalam papercup pelbagai warna tu.....
Maka terhasil la muffin pisang bersama dengan kopi chip...
Ehh..... pelik nya...bukan coklat chip ke....bukan.... kopi chip ye....
Rupa nya aroma kopi chip ni kena dengan pisang masa panas panas semerbak bau harum nya...
Ni yang silap gaya punoh diet ambe.....

Ni la hasil pertama...sekali masak blh 35 cup kecil ni....


Adunan dia...
Kalau muffin mesti ada 2 adunan, 1 basah 1 kering....

Yang ni pula dh siap sedia nak ku bakar...
Muffin malam ni hasil kerjasama dengan Alif...
Aq isi adunan dalam cup Alif isi topping kt atas tu....



Yang ni pula tray yang ke 2....
Aq buat muffin ni ku gandakan resepi nya...disebabkan pisang yang banyak tu la.
Bila ku gandakan adunan dapat la dalam 79 biji muffin yang comei lotei tu...
Puas makan....
Dan hasil nya...ku sedekah pada jiran jiran ku....
Suka mereka dapat muffin, sejuk sejuk lak tu...kan
Meh layan resepi aq...
Resepi ni ku ambil dari blog Buat orang lapo....
Memang lapo pun jadinya....

RESEPI MUFFIN PISANG BERSAMA KOPI CHIP

Bahan A (Kering)

1. 2 cawan tepung gandum
2. 1 sudu kecil soda bikarbonat
3. 1 1/2 sudu kecil baking powder

Semua ni kita ayak untuk mendapat kan tepung yang halus dan tak berketul.

Bahan B (Basah)
1. 200 gram pisang yang dilenyek (3-4 biji)
2. 1/2 sudu kecil garam
3. 2 biji telur
4. 1 1/3 cwan gula perang - kalau guna gula putih kurang kan jadi 1 cawan
5. 1/2 cawan minyak masak
6. 1/3 cawan susu segar nak letak susu cair pun boleh
7. 1/2 sudu esen vanilla
8. Coklat chip (aq letak kopi chip)
9. Badam dan juga coklat chip sebagai hiasan (topping)

Satu kan bahan B
Bila dah sebati masukkan bahan A ke dalam bahan B sedikit demi sedikit
Bila dah sebati
Panas kan oven dalam 10 minit
Bila dah panas mula la membakar dalam 20 minit suhu 170 bergantung kepada oven masing masing.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...