16 July 2020

Muffin Coklat & Muffin Pandan

Ni projek muffin ku yang pertama menggunakan oven baru ku itu.
Hari sabtu 04/07/20 selepas seharian mengemas bilik no 3 tu, malam nya pula ku mengeluarkan bahan bahan untuk menbaking. Kebetulan esok nya Miza nak buat sambutan hari lahir anak nya.
Jadi ku buatkan muffin ini untuk diberikan kepada beliau...



Lihat muffin coklat ku...menjadi betul. Memang ku ikut resepi ni bulat bulat.

Untuk muffin pandan dah naik & masak dengan jaya nya.
Yang ni aq tak isi penuh cuma separuh cup sahaja...

Selain muffin coklat ku juga buat muffin pandan...
Resepi nanti ku sertakan di sini....Ku ambil dari blog Buat Orang Lapo.
Halal kan resepi di kongsi ye...
Muffin ni menjadi muffin kegemaran anak anak ku.

Apa apa pun Korang
Layan Je...

RESEPI MUFFIN COKLAT

Bahan A

  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula perang
  • 100 ml susu segar
  • 120 ml minyak jagung
  • 1/2 sk esen vanilla

Bahan B

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan choc chips (tinggalkan sedikit untuk tabur)

Cara cara:

  1. Satukan semua bahan A di dalam bekas. Kacau sebati. (guna whisk)
  2. Ayakkan tepung gandum bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko.
  3. Masukkan bahan yang diayak ke dalam bahan A tadi. Gaul rata.
  4. Masukkan pula coklat chip. Gaul sedikit.
  5. Tuang adunan ke dalam cup (3/4 penuh) dan taburkan chocolate chips di atas nya sebagai haisan.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 20 minit atau sehingga masak.

Nota:

  • Jangan terlebih gaul untuk menghasilkan muffin yang sedap dan moist.
  • Gula perang boleh digantikan dengan gula kastor.

RESEPI MUFFIN PANDAN

Bahan bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 sk baking powder 
1/2 sk bicarbonate soda 
1/2 sk garam
120gm gula kaster
200ml santan - guna 100 ml santan kotak & 100 ml air
100ml minyak jagung
2 biji telur
1 sk pandan paste 
1/2 sk pandan essence - tak letak
Sedikit pewarna hijau - tak letak
Badam hiris atau apa yg disukai - tabur 

Cara cara:
1.  Panaskan oven pada Suhu 190 C. Sediakan muffin cups. 
2. Ayak tepung gandum, baking powder, baking soda dan garam. Masukkan gula dan kacau rata. 
3. Dalam mangkuk lain, satukan santan, minyak, telur, pandan paste, esen dan pewarna. 
4. Tuang bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau dengan menggunakan whisk sehingga sebati. 
5. Tuangkan adunan ke dalam papercups. Tabur dengan badam. 
6. Bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak.
Resepi Muffin Pandan ku ambil dari blog Azie Kitchen.
Terima kasih ye...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...