28 February 2023

Makan Tengahari Di RnR Awan Besar @ 28/02/2023

 Hari aku macam biasa tetap bawa bekal. 
Lauk telur mata dan ikan bilis goreng garing aku letak kicap. Cukup la bekal macam tu.
Untuk anak kat rumah pula aku buatkan ayam masak lemak cili api.
Lepas tu dalam kul 10 macam hb mesej ajak makan tengahari. Nak makan kat mana tu. Ikut je la hb kata. Ok la kita makan kat RnR Awan Besar Kesas tu. Bawa Alif sekali. Sebab Alif suka makan satay. Situ ada satay Haji Samuri. 
Aku pula teringin nak makan Ani Sup. Makan sup panas panas. Kebetulan aku memang dah ada nasi lauk telur mata dengan ikan bilis je kan.


Yang ni untuk hb dan aku
Hb makan nasi set sup daging RM9.50
Manakala aku cuma sup campur (daging + perut) RM7.50


Yang ni satay untuk Alif.
Aku beli satay ayam 10 batang (RM1.50)
Satay perut (RM1.50)
Satay Pedal / hati (RM1.20)
Nasi impit aku minta yang kecil je (RM1.80)
Semua sekali RM26.70
Puashati dapat makan macam ni. Nak ikutkan kami pun dah lama tak makan kat RnR Kesas ni.
Alhamdulillah... TQ Hb belanja kami makan....

27 February 2023

Bekalan Hari Isnin @ 27/02/2023

 Bekalan hari isnin. Isnin ni selalunya mood rajin nak masak memang ke laut.
Hari ni aku masak simple je la. Yang ada cuma 4 ketul ikan tongkol dan juga ayam.
Aku masak ikan tongkol masak sambal. Malas la pula nak masak sayur.


Ni je la bekal aku.
Pagi aku dah minum Kalista almond tu...
Ok cukup dah tu....

Makan Di Sebelah Warisan Puan Alor Gajah

Cerita kami pagi ahad di Chalet Warisan Puan.
Sebelum ni cerita mengenai chalet ni ada kat SINI 
Pagi ahad ni aku mengajak abg, sil n hb cari sarapan pagi. Ye la ini pertama kalinya kami kat Alor Gajah. Anak anak masih lagi lena tidur. Mungkin selesa sangat la tu. 
Kami yang mak mak n bapak bapak ni keluar la cari makan. Naik kereta aku. Perancangan nak menghala je Pengkalan Balak. Tapi bila keluar je dari chalet tu belok ke kiri dah nampak warung kat situ. Kami tengok ramai gak yang makan kat situ. Abg aku kata kita makan kat sini la tak yah pergi jauh jauh makan. Tengok macam best je tu..... Yang penting ada roti canai. Hb aku ni lak kalau sarapan kat kedai nak ada roti canai. Lagi lagi roti canai orang melayu. 
Dalam hasil mengoogle aku warung ni diberi nama Warung Pak Joe @ Imam. 
Tapi lokasi dia senang je sebelah je dengan Chalet Warisan Puan ni. Tepi jalan simpang trafic light je pun. Mudah sangat la. Tempatnya yang luas. Kalau korang sampai sini. Korang duduk je. Nanti pelayan akan datang ke meja. Korang cakap je nak makan apa...Korang tak payah nak p ceduk makanan. Orang kedai tu yang akan hantar ke meja korang. Mungkin dia nak jaga kualiti makanan. Kalau orang ceduk nanti dok pilih pilih pula kan. Portion makanan dia banyak. Kalau jenis akan ala ala ciput ni korang kongsi je la....... Jom tengok apa ada kat sini. Semua makanan kat sini kami cuba. Penuh meja. 
Tamak betul....hahahahaha...


Nasi lemak kerang rendang telur mata.
Sambal kosong tu sedap ooooo
Ni kak ipar punya

Pulut kuning rendang kerang
abg aku punya


Pulut kuning sambal paru
Aku punya


Lempeng kelapa..
Aku share ngn hb, manakala abg aku share ngn bini dia
Kira 2 keping la kami order


Roti canai.
1 keping untuk aku
2 keping untuk hb n abg aku
Lagi bungkus 6 keping untuk anak anak 


Bihun goreng buh sambal biasa, minta separuh je
Nak rasa....
Manakala air nya pula, teh tarik 1, teh o suam 2.
Total makanan kami cuma Rm46.10.
Hah.... murah kan....
Owner chalet kata... kadang kadang dia pun beli kat situ, bungkus makan share dengan wife kat rumah.
Kalau tengahari ada nasi ayam Rm5 portion besar juga.
Buka setiap hari kecuali isnin... yang ada makan pagi dan tengahari. Malam tak buka.
Jom sapa sapa ke Alor Gajah boleh singgah warung ni...
Memang tak menghampakan...

Kami Di Chalet Warisan Puan @ Paya Datuk Alor Gajah

Sabtu yang lepas abg aku ajak ke Alor Gajah Melaka. Kak ipar dah booking di Chalet Warisan Puan.
Nak ikut kan dekat 2 bulan dah aku tak bercuti. Beriya la mereka mengajak kami bercuti. Sambil sambil abg aku nak tgk anak nya Shahira yang belajar kat Adtec. 
Disebabkan chalet ni ala ala kampung, kami semua teruja la nak pergi kat sini.
Selalunya lalu lalang je kt sini. Warisan Puan ni di laluan utama Lebuhraya AMJ di Paya Datuk Alor Gajah Melaka. Mudah je la nak cari.
Kak ipar booking chalet Omak. Besar sikit la. Dalam bilik ada 2 katil king.
1 katil boleh la aku, hb & Alif sekatil. Manakala katil lagi 1 abg n kak ipar aku.
Manakala Shahira dan Pikah tidurkan bawah beralaskan toto je la....
Chalet ni tajaan kak ipar aku la. Nak harap aku mana ada duit. Swasta tak gaji lagi kan....
TQ SIL payung kami sekeluarga........
Masa nak ke sini kami bawa la potluck masing masing. Macam la yang nak makan tu ramai sangat.
Kesudahannya banyak makan tak habis. 
Kak ipar masak ikan merah masak kari dan nasi. Masak kat homestay Jasin tu.
Kak ipar beli lemang juga... Lemang Alor Gajah memang sedap RM12 sebatang. Rugi oooo tak cuba.
Manakala aku pula bawa makanan keropok, sosej roll, roti sardin, kacang kuda. Aku juga beli ikan keli bakar dan juga talapia bakar. Sampai je chalet laju masing masing makan nasi....

Jom tengok cerita aku mengenai chalet ni pula.....

Ni bahagian hadapan. Pintu pagar ni sentiasa berkunci.
Owner kata, pintu ni kena kunci nanti ada orang yang tak dibenarkan masuk. Kira nya betul betul menjaga keselamatan.


Cantik kan. 
Yang nampak rumah tu la rumah owner memerangkap pejabat pengurusan juga la..

Jom kita tengok chalet yang ada kat sini

Rumah Ochu
Yang ni rasa 2 katil single


Rumah Ochek
Yang ni pun 2 katil single


Rumah Odang

Rumah Atok

Ni rumah apa erk.... Aku tak nampak lak signboard dia...
Hehehehe...


Ni Pundong Hjh Bidah


Perigi Haji Ibrahim.
Kat sini tak boleh mandi la. 
Untuk pameran je


Yang ni Pundong Hj Yahya


Boleh je kalau nak berehat kat setiap pondok pondok ni.....


Yang takde dalam gambar ni abg aku n hb


Aku n SIL depan rumah omak sebelah kanan kami tu rumah abah.

Ni aku ambil dari FB owner...


Pokok kedondong, geram aku tengok elok lebat berbuah.
Kat kawasan chalet ni banyak pokok buah buahan. 
Antara nya buah kedondong, nangka, langsat, dukong, durian, jambu batu, jambu air....


Ni buah nangka. Nangka madu kot.
Elok je buah rendah gitu....



Kat sini disediakan permainan karem, congkak, badminton, basikal, bola sepak.
Aku lupa macam mana owner ni caj.
Tapi karem ni RM10.00 je main la berapa lama nak main. takde limit masa.

Masa ni anak anak lepak kat Dapur warisan je. 
Kat sini ada la kemudahan microwave, heater dan juga peti sejuk.
Boleh je nak minum air kosong tu.... Free je. Kalau air kotak kena la bayar.
Dapur untuk masak memang tak disediakan. Korang boleh bawa sendiri. 
Setakat teh dan juga gula juga ada disediakan.

Dalam bilik pun ada juga heater dan nescafe. Tapi kami tak minum pun.
Lebih suka santai kat Dapur warisan ni. Selesa ada kipas.
Dalam rumah memang tak boleh makan dan minum. Mungkin owner nak jaga kebersihan dalam chalet.
Ye la chalet kayu kan mungkin dari segi penjagaan tu susah la sikit.
Purata chalet ni memang bersih. Lepas je customer check out, Owner akan ambil dan tukar cadar baru. 
Baru la customer yang nanti selesa kan.

Tapi kalau dah kata makan minum tak boleh dalam chalet, di setiap chalet disediakan kerusi dan meja kayu ada payung juga, korang boleh la letak makanan korang dan makan kat situ.
Kalau nak duduk di Dapur Warisan pun boleh.
Di setiap chalet disediakan tong sampah besar. Puashati kalau nak buang sampah. 

Overall kami memang suka sangat bermalam di sini. 
Untuk harga bilik Omak RM210.00. Dalam bilik kami ada 2 katil king, peti sejuk mini, TV, Air cond.
Tapi dalam bilik air takde water heater. Bagi aku ok je mandi air sejuk. Rasa segar je kan.....
Nak ke repeat lagi kat sini. Insya Allah kalau ada rezeki ye dok.....

Minuman Diet ~Kalista Almond Fiber & Kalista Dhara

Bila benda ni lalu lalang di TT, aku teruja nak mencubanya.
Lagi pun aku ni memang pengemar kopi. 
Pagi pagi tak minum kopi memang tak sah la.
Badan rasa lemau je. Dah orang kata minum kopi ni boleh kurus...apa salah aku mencuba nya.
Harga untuk sekota Almond Fiber ni RM27 macam tu.
Tapi aku beli pakej... dapat la RM102.00 offer untuk pertama kali ni TT ni.
Bila beli 4 kotak Kalista ni dapat la free shack botol ni.


Yang almond fiber ni boleh minum waktu pagi. 
Tak kira la sebelum atau selepas makan. Fungsi ni akan membuatkan korang rasa kenyang.
Aku pula suka rasa nya. Ala ala minum white coffee je....
Manakala Dhara tu minum waktu malam. Rasa coklat...
Kalau rasa kopi kang tak tido la aku.
Boleh je kalau nak minum panas atau pun sejuk. Campur dengan ketul ais pun.
Tapi aku suka minum panas panas macam tu... Nikmat ooo...
Minum seteguk teguk orang kata...
Kita tengok apa hasil nya... Untuk 4 kotak ni boleh la guna dalam masa 2 minggu.
1 kotak ada 7 sachet je. Kira nya jatuh se sachet ni dalam RM3+ la gitu.....
Apa apa kita cuba dan berusaha untuk kurus kan...
Gitu....

 

24 February 2023

Bekal Hari Jumaat @ 24/02/2023

 Bekalan aku hari jumaat.
Simple macam ni tapi menyelerakan. Nak ikutkan masak macam ni boleh hilang diet.
Nadia paling suka masak telur sambal cili api macam ni. Hari hari dia tanya.


Untuk mereka aku masak sambal telur cili api je...
Sebab aku sibuk nak bancuh 2 kilo tepung roti jala untuk tempahan malam ni.
Untuk bekal aku, aku gorengkan dengan sedikit ikan bilis garing....
Uishhhhhh sedap nya... kalau ada ulam timun lagi sedap kan....
Tapi aku takde... takpe la macam ni pun dah bersyukur sangat.
Alhamdulillah...

Mesyuarat UMNO Cawangan Taman Tenaga

 Mesyuarat Umno bagi Cawangan Taman Tenaga. 
Kami menghadiri mesyuarat dan juga perlantikan jawatan kuasa cawangan Taman Tenaga...


Ketua Umno dan juga Ketua Wanita Umno


Semua diwajibkan memakai tudung merah


Kami ber3 beriya la memakai tudung merah, baju putih kain merah.
Maklumla ahli baru tak tau lagi la selok belok mesyuarat ni kan



Bersama dengan Kak Nani Ketua Wanita Umno


Habis je meeting ada la sedikit jamuan makanan ringan.
Bihun goreng singapore, karipap sardin dan juga ketayap.
Kuih ketayap tu sedap ooooo kulit dia jenis berlubang tu....
Payah nak jumpa... selalu licin je gitu.....
Sambal kicap tu sedap kalau dapat makan dengan bihun sup lagi sedap....
Alhamdulllah rezeki semalam kan...



23 February 2023

Sinki Tersumbat

 Cerita hari selasa, bangun je pagi, time aku nak masak dah kenapa sinki aku ni air nya tak mau turun ni. Aku ambil pum.... tekan tekan dengan pam campur air panas dan juga sabun. Selalu elok je lancar ni tak jalan jalan juga. Aku teringatkan petua kata buh soda campur cuka. Aku pun buat la lepas tu elok je lancar air nya. Ingat kan settle dah masalah aku. Balik je kerja masih jadi macam tu air masih tak lancar. Aku suruh Alif beli cuka sampai 2 botol, dan aku beli sekotak soda kat Speedmart. pun tak nak juga. Aku dh putus asa. Tapak tangan dah merah merah dok menekan pam tu. kerana takde batang nya. 
Last last aku call je la Poji. Minta tolong dia buatkan. Nasib aku baik. Kebetulan Poji malam ni nak ke Flat Sri Sabah. Nak repair sinki sumbat juga. 


Kiranya Poji ni serba boleh la. Dulu peti aku rosak dia gak tolong repair.
Ni sinki sumbat dia gak repair. Aku pun ada juga suruh Poji betulkan lampu bilik Fatahul tu.
Ok nanti free dia datang katanya....


Tengok ni. punya la lemak tebu dah jadi kental keras mana tak sumbat.


Dalam batang paip bawah sinki.


Alif tengok ni tak lalu nak makan dah...
Hahahaha.....


Dah lancar



Tengok sampai merah tapak tangan aku menekan pam tu.
Pedih melecet.
Kalau ada masalah macam aku ni... cepat cepat la panggil plumber.
Tapi kot yang boleh DIY tu buat je la sendiri. Jimat kos.
Apa apa kena la tanya diri sendiri kan...
Bila dah settle masalah aku ni... Hari pun dah lewat kul 9.00 malam.
Kami tak dinner lagi. Takpe la Mama masakkan maggi je la untuk Alif.
Nak masak yang berat dah lewat. Lagi pun nanti nak ambil Nadia balik kerja lagi....
Bila tengok air paip lancar je turun ke lubang sinki. baru la rasa hati tu berbunga bunga...
Ha gitu.....

Sarapan Pagi Ahad Lepas @ 19/02/2023

 Hari ahad pagi, segar je mata walaupun semalam tidur lewat.
Bangun subuh terus buat daging masak kari, Nak empuk kan daging ni bukan la mudah. 
Mau dekat 2 jam juga la. Sambil sambil tu aku siapkan bahan nak buat nasi goreng dan juga lempeng tepung. Aku siapkan juga sambal sardin cili api.
Dah siap kan bahan aku terus mandi. Bila madi tu rasa segarnya badan kan.
Baru la ada mood nak melempeng ngan goreng nasi.

Siap je masak diorang tak bangun tidur lagi. Aku rehat rehat kan badan dulu.
Kul 11.00 baru la aku sarapan.
Sebelum tu aku hantar Nadia kat LRT dulu. Balik baru aku sarapan.
Tu la kerja aku
Kalau hari cuti je hantar dan ambil Nadia kat LRT.
Kalau hari bekerja aku cuma ambil Nadia je balik dari kerja....

Cerita Malam Minggu @ Gadong Steak House

 Hari sabtu, pada sebelah pagi nya aku mengemas rumah, mengemas habis habisan la orang kata. 
Dalam tengah mengemas, technician Coway datang nak buat service. Siap je repair semua tu jam dah menunjukkan jam 12.00 tengahri. Aku dah la dari pagi tak makan lagi. Gigil dh rasa. Balik je orang Coway terus aku masak maggi sorang 1 dengan Alif. Kenyang la sikit. Sambil tu buatkan juga ikan siakap 3 rasa untuk Alif dan Nadia nanti. Aku tak makan tenghari tu.
Sebab petang ni ada mesyuarat Wanita Umno jam 5.00 petang. Selalunya bila mesyuarat ada la jamuan makan makan... Hehehe. Hari ni takde... Yang ada kek je...
Adoiiiii lapar la.... 
Hari ni Nadia balik kerja jam 6.30 petang. Boleh la aku ikut Emma p busking kat Gadong Steak House, Labu Sendayan. Aku ambil Nadia kat LRT jam 7.30 malam Nadia sampai. Hantar Nadia kat rumah, Aku dan Emma terus ke Labu. Perjalanan kami berpandukan Waze je... Sekarang ni mudah kan apa apa waze je. confirm tak sesat. 
Perjalanan kami adakalanya hujan adakalanya ok.
Kami selamat sampai kat Gadong Steak House dalam jam 9.00 malam. 
Alhamdulillah....




Apa apa kita bergambar dulu. Sampai je aku terus order nasi goreng kampung, Emma pula nasi goreng pataya. Punya la lapar dari siang tak makan...harapkan maggi je....
Sampai lupa aku nak ambil gambo nasi goreng.
Hehehe....Sambil makan sambil layan busking.
Aku dan Emma balik dalam jam 11.00 malam. Sampai je rumah dalam jam 12.00 malam.
Punya la mengantuk... Letak kepala lena terus aku.....

Makan Malam Di Medan Selera

Balik je ambil Nadia kat LRT dalam jam 10.30 malam. Nadia kelaparan. Aku tak masak hari ni, Sebab Coway aku meragam. Air tak keluar, air yang panas tak panas. Rumah aku masak makan minum memang bergantung 100% kepada air coway, bila takde air tu memang takde mood la nak masak. 
Balik je Nadia, kami terus ke medan selara makan dekat gerai yg tengah tengah tu. Sambil layan busking. 

Ni Nadia order kan maggi kerabu. Sedap pedas pedas gitu.

Yang ni Nadia punya mushroom soup.
Dia tak makan pun kenyang sebab makan chicken chop grill.
Gambar lupa lak aku nak ambik....
Jadinya bungkus je la bawa balik bagi kat Alif.


Yang ni fun fries untuk aku makan kongsi dengan Nadia
Dah tengah malam ni. Makan pun tak berapa nak selera...
Gitu gini balik rumah dalam pukul 11 lebih juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...