10 February 2023

Majlis Konvokesyen Shahira @ Kolej Yayasan Felda

 Majlis Konvokesyen Kolej Yayasan Felda Ke 24. 
Diadakan pada 08/02/2023 bertempat di Balai Perdana Felda. 
Seawal jam 8.00 pagi dah nampak geraduan dan juga ibu bapa berkumpul di khemah untuk masuk ke dalam dewan. Untuk masuk ke dalam dewan hanya dibenarkan 2 orang sahaja. Jadi nya SIL & Pikah masuk dalam, manakala abg aku dan kami semua duduk didalam khemah.
Orang tak ramai lagi selesa la kami memilih tempat. Kami duduk berhampiran dengan urusetia pendaftaran. Yang aku pelik tu... pukul 11 pagi masih ada lagi graduan yang daftar nama nak ambil jubah sedangkan acara akan dimulakan tak lama lagi. Maaf nak kata kenapa pengurusan Felda tak telus dalam menangani masalah macam ni. Semua nampak macam terabur. Kalau nak dibandingkan dengan Universiti yang lain yang pernah aku pergi. Semua nampak lancar dan mengikut jadual. Semua peserta graduan sudah bersedia didalam dewan sebelum jam 9 pagi lagi...
Harap lepas ni Pengurusan Felda lebih cekap dan telus mengadakan majlis yang gilang gemilang ini. 
Bukan ada kesian graduan / pelajar mungkin ini la konvo yang terakhir buat mereka. 

Kami duduk dihadapan dengan screen layar ni....

Bunga bouquet yang aku dan mak belikan untuk Shahira




Banyak je bunga yang lain. Korang boleh pilih nak yang besar yang kecil,
Ada bear ke, bunga segar atau pun bunga plastik....


Ada juga jualan foodtruck


Boleh la kan dari nak jalan jauh jauh ke Restoran Dsaji tu...
Tapi 1 je aku tak nampak pun tong sampah disediakan di area khemah tu.
Dah la aku hangkut sampah ke hulu ke hilir.... Last jumpa kt Restoran Dsaji.
Sepatutnya letak la plastik sampah di kawasan khemah tu memudahkan ibu bapa atau anak anak buang sampah kat situ....


Selfie dulu menandakan kami dah sampai...
Hehehehe...




Mugkin kesemua graduan perempuan dikehendaki memakai tudung hitam.
Semua nya hitam susah pula aku nak cam....
Masa kami lihat di papan layar tu.
Untuk pastri tahap 3, nama yang di paparkan tu lain. Orang yang ambil sijil tu lain.
Kenapa jadi berterabur macam ni. Kesian nya rasa..
Ramai yang kecewa majlis ni bukannya percuma. Kena bayar patutnya Pengurusan Felda dan tahu apa yang harus dilakukan....
Harap lepas ni tak kan ada lagi kejadian seperti ini lagi....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...