10 February 2023

Menu Hari Sabtu @ 04/02/2023

Hari sabtu, seperti kebiasaan aku akan ke Pasar Segar Din kat Taman Medan. 
Lepas je subuh kena la pergi. 
Selepas membeli segala jenis haiwan tu, aku dan Nadia singgah makan kat gerai depan pasar ni.
Aku makan bihun goreng manakala Nadia makan nasi lemak. Bila balik rumah nanti tak la kelangkabut nak masak makan lagi...
Sampai je rumah aku terus bersih kan segala haiwan yang di beli tadi. Siap dibersihkan dan dimasukkan ke dalam bekas terus simpan dalam peti beku.
Aku buat buat kan bihun goreng untuk Nadia bawa kat tempat kerja... 


Pack kecik kecik macam ni senang nak makan....



Untuk kat rumah aku goreng kepala ikan talapia 4 ketul dan juga rebus kerang.
Sekarang ni kerang dah jadi lauk untuk T20.
Semangkuk tu aku beli dalam Rm12.00.
Takpe la sesekali anak anak teringin nak makan kerang...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...