Jumaat malam lepas, perut terasa lapar.. tapi aku tengah on diet...
Tengok oat banyak lagi... Apa kata aku buat muffin je la..
Buka peti ais jumpa coffee chip, badam cincang. Pastu hb lak beli pisang....
Apa kata jom kita buat muffin...
Bila muffin ni sedang dibakar didalam oven, bau nya semerbak rumah...
Ni memang buat aku lapar...
Jom layan
Muffin ni masa dibancuh testurnya akan jadi kembang kental... takpe...kalau kental tambah susu lagi
Ini la rupanya bila siap dibakar
Tengok dalam muffin ni...
Takde beza kan muffin yang diperbuat dari oat atau pun tepung...
Lepas je masak makan suam suam.... Nikmat ooooo
Takde beza kan muffin yang diperbuat dari oat atau pun tepung...
Lepas je masak makan suam suam.... Nikmat ooooo
Jom kita tengok resepi nya
RESEPI OAT MUFFIN BANANA COFFEE CHIP
2 cawan oat dikisar halus
1/2 cawan minyak jagung (kot takde minyak biasa pun boleh, nak cair kan butter pun boleh)
1/2 cawan susu low fat, fresh milk
3 biji pisang di cincang (biar ada rasa pisang tu)
2 sudu serbuk koko (tak letak pun boleh)
1 sudu gula perang ( boleh tukar ke pemanis, sbb aku punya dah hbs aku guna gula perang)
2 biji telur
1 sk baking powder
1/2 sk kecil soda
Coffee chip secukup nya
Badam kisar secukup nya
Secubit garam
CARA CARA NYA
Campurkan kesemua bahan
Gaul sebati kalau adunan kental, campurkan dengan sedikit susu
Masukan coffee chip dan juga badam...
Sudukan adunan kedalam muffin cup dalam 3/4 penuh
Taburkan dengan coffee chip
Bakar suhu 170 selama 25 minit
Bakar suhu 170 selama 25 minit
** Aku suka guna coffee chip berbanding coklat chip
Bila diletakkan pisang rasa nya menjadi enak dan hilang bau pisang tu
Resepi ni tak mengunakan tepung, oat dah mengantikan tepung
Resepi ni tak mengunakan tepung, oat dah mengantikan tepung
Resepi ini tak mengunakan gula.
Kalau tak nak letak pisang, gantikan dengan pemanis atau gula perang 1/2 cawan
Selamat mencuba.....
Kalau tak nak letak pisang, gantikan dengan pemanis atau gula perang 1/2 cawan
Selamat mencuba.....
No comments:
Post a Comment