04 October 2022

Sambutan Makan Malam Sempena Hari Lahir Ku

Malam ni kami sekeluarga ke Restoran D'Simpang Bandar Sidec Seri Iskandar.
Kami selalu juga makan kat sini. Mula nya plan nak ke Night Market Ipoh. Tempat yang orang dok viral viral kan tu. Tapi bila pikir ni malam minggu.. mesti ramai orang yang datang. Dah la kami ni ramai... Kot nak menyelit pun susah juga... Takpe la kita makan kat sini je... Lagi pun kami sampai kampung dah nak malam... 
Kami lambat sebabnya dari highway terus turun ke KK untuk hantar Fatahul balik ke rumah sewa. Sekali la ambil kereta dia... Esok tak la susah susah dah aku nak hantar dia balik ke KK. Boleh la dia drive sendiri.

Antara menu yang kami pesan

Maggi goreng untuk Alif

Nasi putih tomyam seafood untuk Mak

Nasi goreng bantal peluk untuk Nadia

Ni untuk aku


Tomyam untuk aku

Untuk hb lak nasi goreng pataya seafood... 

Makan kat sini memang puashati. Portion nya yang banyak rasa nya yang sedap... 
Dengan air lagi harga yang berpatutan bagi aku...
Lepas makan balik ke rumah mak... Lena tido....
Kekenyangan...

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...