Hari sabtu lepas, nak ikutkan plan asal memang tak nak balik kampung masa ni...takut balik nanti kena jem, disebabkan cuti deepavali dan juga cuti sekolah.
Kami balik lewat juga la...petang macam tu selepas hb balik dari kerja.... dalam kul 3 lebih juga la....
Perjalanan diteruskan... kadang kadang jalan lancar kadang kadang jadi perlahan... tapi tak la jem sangat. Selalu nya sampai je Exit Tol Behrang...kami dah memilih untuk jalan biasa je.. bila info trafic mengatakan jem di Slim River.... jadi nya lebih baik ikut jalan biasa je...
Bila dah masuk jalan biasa tu. Kami selalu memilih mengikuti dari Behrang, masuk ke simpang Gunung Bersaout, kemudian masuk ke Kampung Bikam, Chui Chak dan seterusnya ke Langkap.
Dari Langkap menuju ke Chenderung Balai, Kampung Gajah dan seterusnya ke Bota Kanan....
Ingat nak balik rumah mak je tapi bila tengok jam dah kul 8 malam, kami meneruskan perjalanan ke Parit je... Petang sabtu kat Parit ada Pasar Tani. Boleh tahan juga jualan yang ada kat situ.
Kalau tak makan kat pasar tani kami akan pergi ke sebelah Balai Polis Parit. Kat situ malam malam happening sangat.
Nak ikutkan ni bukan la pestime aku makan kat sini.
Banyak kali juga la. Boleh lihat entri DI SINI dan DI SINI
Masa order tu aku bayang kan maggi kari berkuah penuh sayur dan telur...
Rupanya bila sampai macam ni... ditumis di buh kicap sos dan juga perencah kari....
Sedap nya.....
Tapi cuma ada telur mata je..lauk lain takde
Kami makan ber3 termasuk air
Harga cuma Rm22.00 je....
Yang ni aku beli kt pasar tani
RM4
Keo teow + maggi goreng
Dah siap makan...kami terus ke Bota balik rumah mak...
Sampai dalam jam 10 malam... Penat ooo
Esok nak p mana pulak....
No comments:
Post a Comment