29 April 2022

Cookies Ku Yang Ke 3 ~ Biskut Arab Kristal

 Lepas berbuka aku mula kan cookies ku yang ke 3...
Konon mula nya nak buat 2 jenis, biskut sarang semut dan arab...boleh pulak lupa beli butter...Lahaiiiiiii... takpe la kita buat arab je sejenis pun jadi la pada takde langsung kan....



Biskut ni mudah je...gula castor yang halus nampak macam kristal je....Cuma 3 bahan je...
Mudah kan...

RESEPI BISKUT ARAB KRISTAL

1 Tin minyak sapu (tin kecik)
1/2 cawan gula kastor
2 1/2 cawan tepung gandum

~ Masukan kesemua bahan... ramas ramas sebati..
Kalau lembik tambah lagi tepung sampai rasa cukup...
Bahagi kan pada 3 warna
Bulat bulatkan saiz guli dan camtum kan ke 3 warna tu
Bakar suhu 170C selama 25-30 minit
Dah masak golek kan dalam gula kastor dan buh dalam papercup...
Siap..

Hari Ke 26 Ramadhan 1443H @ 28/04/22

Nasi berbuka semalam masih berbaki...
Pagi ni buat nasi goreng biasa je.. Nasi goreng panas panas makan pagi pagi sedap juga...
Nikmat tak terhingga... 

Nasi goreng biasa dan semug air kopi essensso..

RESEPI NASI GORENG BIASA

2 cawan nasi sejuk
2 ulas bwg putih
Sedikit cili api
2 biji telur
1 batang fish cake
5 eko sotong
3 sudu kicap jalen
1 sudu sos tiram
1 sudu sesedap rasa
sedikit garam

Mula sekali goreng kan telur dan hancur kan
Kemudian tumis kan bawang putih, cili api...
Masukan fish cake dan sotong
Kacau sebati, masukan nasi...
Bila dah sebati masuk kan kicap, sos tiram, sesedap rasa dan juga garam
Kacau sebati...dah siap...
Nasi goreng ni aku tak letak sayur...
Alif kata tak mo sayur....


Menu berbuka hari ini...


Pucuk chaya masak lemak campur udang dan sohun.....
Yang ni licin semua suka...

Ikan pelaling goreng

Telur masin

Cokodok pisang

Kuih lopis ni hb beli je

Cucur badak jiran bagi..
Bulat bulat mula ingat kuih bom...

Antara menu aku...
Buah mangga dalam peti dah siap potong lupa nak expose sini...
Hehehe....

28 April 2022

Cookies Ku Yang Pertama

 
Tahun ni lambat pula aku mengookis...Selalu awal ramadhan dah buat..
Mood mengookies tak sampai lagi..Tapi bila kenangkan eh dh tak lama dah nak raya kan...
Malam ni lepas berbuka ku gagahkan diri mengookies....

Cookies yang pertama ku buat coklat chip...Cookies ni anak anak memang suka makan..Ranggup je bila digigit....




Cookies yang ke 2 pula ku buat Semperit susu. Disebabkan rakan pej juga nak kan 1 balang.. ku buat la juga..baki nya untuk makan sendiri la..



Dapat la 2 1/2 balang coklat chip
dan 1 balang untuk kawan
lagi 1 1/2 balang untuk aku....

Jadi la kan...jimat banyak dah tu...

RESEPI BISKUT COKLAT CHIP

250g butter
1 1/2 cawan gula perang ( aku ganti kan 1 1/4 cawan je)
1 biji telur
1 sudu esen vanilla
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
6 sudu minyak
2 cawan coklat chip

Campur kan butter, gula perang kacau sebati tak perlu pakai whisk
Kemudian masuk kan telur dan juga esen vanilla
Bila dah sebati masukan tepung..kacau hingga rata
Masukan 6 sudu minyak
Dan akhir sekali masuk kan coklat chip
Simpan adunan dalam peti sejuk dalam 1 jam
Aku stgh jam je...
Sudu kan saiz sudu kfc dan bakar 170 C selama 25 minit
Bergantung oven masing masing....
Nak lagi ranggup bakar sampai garing....



Hari Ke 25 Ramadhan 1443H @ 27/04/22

 Sahur hari yg ke 25..
Dari semalam lagi dah tanya mereka..nak sahur apa esok...
Nadia jawap entah la...makan maggi je la kot...
Lama tak makan maggi....Aku pun ok juga tu..
Konon nya nak masak Mamee Chef Lontong..tapi bila tengok bihun sup mama ni ada 2 bungkus...
Aku buat bihun sup je la.....

Bihun sup Mama...aku buh telur, sosej & crab stick...
Semug kopi essensso... tak leh ooo tak minum kopi...
Kat ofis menguap tahap gaban siap pakej kuar air mata lagi....
Hari ni pekena kopi baru la mata segar bila sampai ofis......

Menu berbuka pula pada hari ini...Disebabkan tinggal aku ber2 je ngan Alif, Aku masak dalam kuantiti yang sedikit cukup la untuk kami ber2. Nadia ada jamuan iftar bersama kawan kawan nya, Hb lak call kata nya jalan jem...lambat la balik..apa yang ada nak dimakan tu tanya hb...Takpe aku jawap masak la apa yang ada tu...cukup je...
Sotong masak kicap

Kangkung tumis ikan bilis

Ikan pelaling goreng

Sebiji telur dadar

Disebabkan pisang yang ku ambil masa kat kampung hari tu telah pun masak..Takde sapa lak nak makan...pada membazir gitu..ku buat la cokodok pisang..

Ini dia menu kami pada hari ini....

RESEPI COKODOK PISANG

5 biji pisang di lenyek
6 - 7 sudu tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonut
sedikit garam..
~ satu kan kesemua bahan...boleh la di goreng

Mesti ada yang pelik kan kenapa aku tak buh gula dah...
Aku jenis tak suka manis manis..Manis dari pisang tu dh cukup...
Cokodok ni lembut je lagi lagi makan time suam suam...sedap nya...
Yang pasti cokodok ni licin Alif balun sorang sorang...



27 April 2022

Hari Ke 24 Ramadhan 1443H @ 25/04/2022

 Puasa yang ke 24 hari....
Disebabkan nasi berbuka semalam masih berbaki...ku buat je la nasi goreng..
Pukul 2 pagi aku dah terjaga mungkin lepas isyak aku dh lena kepenatan....
Jadinya kul 2 pagi aku dh bgn masak...
Buat nasi goreng kampung, goreng koktail dan goreng telur mata untuk aku...
Buat kan semug milo kosong panas...
Pukul 3.00 aku dah panggil Alif untuk bersahur...Kira nya awal la...
Lepas sahur makan ubat selsema..Hidung dah mula rasa gatal gatal...
Lepas tu terus lena...sedar sedar je dh pukul 6.00 pagi....
Bersiap siap la pula nak pergi kerja sambil2 tu ku lipat baju yang mengunung dulu....

Nasi goreng kampung, telo mata & koktail
Semug milo panas untuk aku....

Menu berbuka pula...hari ni cuma masak mee goreng seafood basah je...
Nak ubah selera hari hari makan nasi kan....

Mee goreng seafood basah...Lupa nak ambil gambar mee

Hari ni hb beli murtabak 2 keping @ RM4
Putu Perak..ngn Kuih lopis..

Mangga harum manis pemberian bos...
Semua staff dapat sorang sebiji...besar juga puas la kan..
Ingat nak buat pulut mangga..malas la pulak aku nak mengukus pulut...
Tapi elok pun buat...mee goreng pun tak habis makan....
Kang membazir la pula.....


26 April 2022

Hari Ke 23 Ramadhan 1443H @ 25/04/22

 Ramadhan yang ke 23 hari. Kepenatan mencuci rumah di Damansara semalam.
Pagi ni bangun rasa sengal sengal lagi badan..

Sahur pagi ni cuma semug milo o panas dan juga kuih akok pemberian jiran ku pada hari sabtu.
Ku panaskan guna AF, perh sedap lembut berminyak minyak semula...
Laju je makan sahur....

Balik je dari kerja, takde apa sangat pun yang aku nak masak kerana aku nk habis kan makanan yang ada dalam esbok dulu...sayang la kan mana yang boleh kita makan, kita makan la bukan nya basi pun lagi...
Gulai daging campo tulang pemberian jiran ku...
Sedap nya daging nya yang lembut tu empuk sangat......

Kerabu nangka campur perut..
Kerabu versi kelantan bersantan ada campur juga dengan ikan rebus...
Ni pun sedap...

Sayur kangkung...tumis cili api je...
Yang ni pemberian NGO Pertubuhan Bakti Nusantara...
Masa hari ahad tu agihan nya...banyak juga aku dapat..
Ku berikan separuh pada jiran ku...kongsi rezeki kan....

Ikan pelaling goreng
Yang ni pun pemberian NGO tu juga

Telur dadar 
Backup untuk Alif.. sebab Alif tak makan ikan..

Bubur lambuk, hb dapat masa hari Jumaat minggu lepas kat Petronas....

Kesemua menu aku pada hari ini.....
Alhamdulillah kenyang sgt....



25 April 2022

Rumah Ku Di Damansara Damai

 Rumah ku di Apartment Suria di Damansara Damai.
Rumah ni ku beli 20 tahun yang lalu. Kami tak pernah tinggal di sini.
Rumah ni disewakan saja. Bila penyewa keluar, rumah ku habis rosak...Masa penyewa pulangkan kunci rumah.. rasa nak menangis tengok keadaan rumah ku. Selepas itu aku berbincang dengan hb sebelum nak sewakan semula kepada yang lain aku harus melakukan sedikit pengubahsuaian sedikit. Kalau tak memang tak kan ada penyewa yang nak sewa nanti...
Dalam sebulan lebih juga la mengambil proses ubahsuai. Sebabnya cat dan cuci kami lakukan sendiri, Nak jimat kos kan...

Semalam aku datang bersama hb, untuk cuci rumah tu..
Ni bilik utama, baru la nampak menarik sikit kan.
Rumah ku berhadapan dengan SKDD2.
Boleh nampak sekolah...tu bumbung merah tu sekolah la ye...

Bilik no 3

Hall masih basah lagi...

Sebelum diubahsuai.... begini lah keadaan rumah ku yang kotor dan tak terurus....


Layan gambar gambar, tengok pun tak ada selera...

Tukar cover tandas

Tukar pamp air baru


Yang ni pun tukar baru

Klip tingkap baru, yang lama dah patah

Tombol pintu baru

Ni pamp lama

Pamp baru dalam master bedroom

Toilet yang ke 2

Tukar pintu tandas bilik no 1

Tukar pintu tandas no 2

Tukar pintu bilik no 3 sekali dengan frame besi.
Frame lama tu kayu...



Kenapa aku tukar pintu.... 
Rumah aku diserang anai anai...Habis rosak bingkai pintu dan juga pintu...
Aku terpaksa panggil pest control. Mereka datang melakukan semburan 1 rumah dengan kos RM180.00

Pintu tandas baru bilik no 1

Pintu tandas baru no 2

Kerja kerja pemasangan table top

Keadaan dapur lama sebelum ubahsuai

Siap table top baru

Ku pasangkan juga sinki 2 lubang dan 2 batang paip

Tambah plug peti sejuk. Mudah la penyewa nanti tak perlu guna extension plug lagi 

Kipas lama...tengok berapa tebal habuk....

Kipas baru

Kami cat sendiri

Sambil di bantu anak anak...

Alif dah keletihan....

Bilik master bedroom yang sudah di cat

Hall
Nanti aku akan updated lagi progress seterusnya...
Masih belum siap sepenuhnya...
Kami berhenti dulu kerana bulan puasa...Lepas raya sambung balik la ye...
Untuk pengetahuan rumah ku ini mempunyai 3 bilik dan 2 tandas
Berkeluasan 750 kaki persegi



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...