06 April 2022

Selamat Bertunang Along & Annisah @ 30/01/22

Assalammualaikum.....

Pada 30/01/22, Along selamat bertunang bersama pasangannya Anisah di Kampung Tanjung Pari, Baling Kedah. Pertunangan yg dirancangkan sudah terlalu lama dek kerana PKP yang dilaksanakan di seluruh Malaysia. Apa bila kerajaan mengumumkan tiada lagi sekatan pergerakan bermula oktober 2021, Kami merancang pada 30/01/22 adalah hari pertunangan mereka.

Seawal jam 7.00 pagi kami dah bergerak dari rumah mak di Bota ke Kuala Kangsar untuk mengambil Fatahul disana. Singgah sebentar di kawasan lembah Kuala warung warung tepi Sungai Perak. Pekena roti canai & teh tarik. Usai sarapan perjalanan diteruskan ke Baling Kedah melalui Lenggong, Gerik dan beberapa kawasan di Kedah yang aku lupa namanya... Pertama kali dalam hidup aku ke sana. Sambil sambil tu dapat melihat keindahan Tasik Raban.. RNR Tasik Raban yang telah pun ditutup dan banyak cerita mengenai RNR itu.... Akhirnya pada jam 12.00 tghr kami sampai ke Balai Polis Tanjung Pari... Meet point di situ... Bila dah cukup bilangan yang akan pergi ke majlis itu kami pun bergerak ke rumah Annisa... Tak jauh pun dalam 500 m je dari balai polis tu...

Cuaca panas terik, nasib la tak hujan kan kot hujan jenuh la....

Kami mengenakan tema biru iaitu baby blue bertudung kelabu...
Bersama ahli keluarga dan juga barang hantaran...
22
Menuju masuk ke rumah Annisa

Berhenti bergambar... Jarak jarak kan 


Fatahul & Alif

My SIL n anak nya Pikah

Kedatangan kami disambut oleh pihak perempuan....

Perbincangan....






Antara menu yang disediakan...
Gulai daging batang pisang
Ayam msk merah
Jelatah timun nenas
Gulai batang pisang ni mmg terkena di Kedah...mmg sedap pertama kali aku mencubanya...

Ni pinggan aku....

Cincin pertunangan


Acara sarung cincin




My little family



Ibu bapa Annisa

Annisa dengan atok

Antara barang hantaran

Dari pihak perempuan


Minum petang sambil berborak dengan keluarga di sana

Budak yang petah bercakap



Semoga hubungan ini direstui dan selamat dunia akhirat...
Next cerita hari pernikahan dan perkahwinan nya pula ye....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...