Hokkaido Cupcake.. Mungkin ada yg pandai buat hokkaido cake atau pun hokkaido cupcake. Pertama kali aku membuat nya.. memang mudah rasanya amat sedap cuma nya aku buat kek menjadi padat tak macam span mcm tu...erm... takpe la janji rasa nya ada kan...kita cuba lagi...
Hokkaido cupcake ni berfilling cream cheese.....
Proses pembakaran...
Disini ku share juga resepi nya ye...
Mungkin akan menjadi rujukan ku di lain hari....
RESEPI HOKKAIDO CUPCAKES
Bahan A
- 4 biji putih telur
- 4 sudu makan gula
- 1 sudu teh cream of tartar
~ Masuk semua sekali didalam bekas dan kisar sehingga bertanduk, ketepikan
Bahan B
- 4 biji kuning telur
- 3 sudu makan gula
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 1/2 cawan susu full cream
- 1/4 cawan minyak jagung
- 1/4 cawan minyak jagung
~~ satukan sehingga sebati
- 1/2 cawan tepung
- 2 sudu makan tepung jagung
- 1/2 sudu teh baking powder
~~ ayak dan masukan kedalam bahan B
~~~ Masukan bahan B kedalam bahan A sedikit sedikit, jangan pukul kuat kuat cukup dengan kaup balik sahaja, buat sampai sebati.
~ Panaskan oven dengan suhu 160C selama 10 minit
~ Sendukan adunan kedalam cup dalam 3/4 nak penuh, hentak kan sedikit untuk hilangkan gelembung udara.
~ Bakar dengan suhu 160c selama 30 minit
~ Siap bakar, renggang kan pintu oven selama 10 minit sebelum bawa cupcake keluar dari oven.
Bahan Filling Cream Cheese
- 125gm cream cheese
- 3 sudu makan gula
- 2 sudu makan whipping cream / susu full cream
~ mix kan sebati.
~ dah siap boleh la lubangkan cupcake dan taburkan dusting sugar.
~ boleh la paipkan cream cheese ke dalam cake.
~ dah siap...
No comments:
Post a Comment