18 April 2022

Bukan Rezeki Kami @ MYVI Ku 16/04/2022

Masa dalam perjalanan ke kampung, di pertengahan jalan kawasan Ulu Bernam sebuah lori yang membawa muatan batu telah mengenai kereta aku... Driver lori tak perasan langsung batu batu bertaburan melantun lantun dijalanan... Ada 2 biji batu melantun tepat mengenai cermin myvi...
Apa lagi pop...meletup. Nasib la cermin tu memang ori kot tak mau retak seribu...
Yang tak best nya pulak...hb tak beli insurance untuk cover windscreen....erm.....
Kena la tukar sendiri.. Perjalanan diteruskan ke Manjung untuk menukar cermin kereta sebelum kedai kawan tu tutup...Selalu aku akan tukar cermin kereta di kedai Tan ni...

Ini lorinya...
Nak minta ganti rugi pun, bila melihat driver tu..erm...rasa kesian la pulak.
Hb cuma beritahu tolong betulkan penutup kanvas ni nanti banyak lagi kereta yang akan kena.
Setiap kali lori ini terhentak batu akan bertaburan dijalanan...memang menakutkan...Kalau terkena kepada motosikal erm...minta dijauhkan la ye....

Ini keadaan cermin kereta ku...sebelah pemandu..



Sampai di Manjung dalam jam 4.30 petang, masih sempat lagi...

Dalam proses

Proses meletakkan gam disekeliling cermin...

Mereka meletak kan kembali...

Setting kali terakhir kerana mereka telah membuka komponen myvi ku tu....

Harga keseluruhan penukaran cermin myvi hadapan dalam RM430.00
Cermin ni 2 layer tapi yang biasa kalau nak original produa RM450.00 cermin sahaja
Kawan ku kata sama je cuma beza logo saja
Harga cermin RM380.00
Harga getah RM50.00
Jadi total keseluruhan RM430.00 termasuk upah pasang
Nama kedai kawan ku itu
AUTO GLASS MEDIC CENTRE
No HP : 012 - 527 2182
Lot 13819, Jalan Lumut,
Taman Seri Jaya,
32000 Sitiawan, Perak.
Bersebelahan Dominos
Itu saja untuk perkongsian ku..
















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...