Dah puas berehat selepas kepenatan ke pasar...Selepas je zohor aku mengajak hb keluar...
Masa ke pasar lagi hb ada cakap petang ni kita pergi ke Puncak Alam kejap kata nya nak servey sportrim untuk Fatahul...
Bila ku suarakan pada Nadia yang kami nak keluar... dan pergi ke AEON Bukit Tinggi...Apa lagi dia pun naik ikut juga...Jadi nya selepas ke Puncak Alam nak ke Bukit Tinggi jauh juga tu...
Dah tentu la berbuka puasa diluar saja, mana la sempat nak balik ke rumah..
Jadi nya Nadia pun call la mana mana tempat untuk berbuka puasa yang boleh kami pergi...buat tempahan la...Semua tempat penuh kecuali Secret Recepi GM Klang....
Nak tak nak kena la booking walaupun kami sebenarnya ke AEON Bukit Tinggi.
Selepas selesai membuat pembayaran, kami ke AEON. Setelah membeli apa yang diperlukan melihat jam sudah pun pukul 6.45 petang, Kami bergegas ke GM Klang...
Sampai je di sana dalam pukul 7.05petang... Ok la kan ada masa lagi...
Duduk sampai tunggu makanan dan juga waktu berbuka puasa....
Di sini ku sertakan sekali harga yang tertera, mana tahu boleh dijadikan rujukan...
Antara menu kami, masa ni hb punya mee kari tak sampai lagi...
Jadi nya hb berbuka dengan buah kurma dahulu..
Untuk Aku
Kek Karot untuk aku
Kek Hokkaido untuk beliau..
Makan 1 sorang pun dah kenyang... Jangan la tamak tamak nak order yang lain..
Kalau orang kata harga nya yang mahal... tapi bagi aku memang cukup berbaloi dengan rasa dan portion nya.
TQ kak belanja mama abah & Alif....
No comments:
Post a Comment