Sebelah petang selepas ke kenduri kahwin Along, sepertinya yang dijanjikan dengan anak anak kami ke Kolam Air Panas Ulu Leggong yang terletak dalam 10km saja dari hs kami tu... Sepanjang perjalanan menyusuri jalan nak ke kolam air panas terdapat sungai sungai untuk kita mandi manda.
Sesampai disini macam biasa la tak sah kot kalau tak bergambar disni...Hehehehe
I love Baling Hot Spring Ulu Leggong
Bayaran Masuk :
Dewasa : RM8.00
Kanak2 : RM4.00
Warga Emas : RM4.00
Makanan luar dibenarkan dibawa masuk...
Dewasa : RM8.00
Kanak2 : RM4.00
Warga Emas : RM4.00
Makanan luar dibenarkan dibawa masuk...
Boleh la kita berkelahkan...
Disini terdapat 3 buah kolam dengan suhu masing masing..
Suhu paling panas boleh la korang nampak air nya berwap naik...kolam ni dah pun dipasang dengan pagar... Mungkin ada yang terjun kot... Maklum la malam malam tak perasan kot
Suhu yang ke 2 ada juga yang pergi tapi tak la ramai...
Suhu yang ke 2 ada juga yang pergi tapi tak la ramai...
Dan kami memilih suhu yang ke 3...
Kolam air panas ni memang terjaga bersih.
Banyak juga kemudahan yang terdapat disini. Selain tandas terdapat juga gerai jualan kudap kudapan, medan selera juga ada.
Selalunya pengunjung paling ramai datang adalah selepas magrib. Kolam ini dibuka pada jam 10.00 sehingga ke malam tapi aku tak pasti bila....
Mereka mandi dan rendam kaki, panas kata nya....
Di Kawasan persekitaran nya cukup indah dan damai. Terdapat juga Chalet dan juga homestay untuk disewa...
Mungkin kami akan kembali lagi ke sini....
No comments:
Post a Comment