31 May 2022

Makan Malam Di Seri Iskandar

 Hari khamis 26/05/2022... kami pulang ke kampung... sibuk nya dari siang sampai ke malam...mana orang datang pasang pelamin, pasang kain tabir khemah... mana nak buat dadih lagi..nasib la Ilah sudi membantu aku membuat dadih... selesai tugasan dalam 10.00 malam. Hb dah la belum makan nasi lagi waktu siang tu...Jadi aku hb Alif dan Fatahul ke Seri Iskandar tengok la mana kedai yang buka lagi...Perut pun dah lapar kan...Bila sampai banyak dah gerai gerai tomyam depan Billion dah pun tutup.. Kami terus ke areaPersiaran SIBC 4. Nampak Gerai Burger WDP, Fatahul selalu beli burger kat sini..sedap burger nya sebelah tu ada kedai tomyam nama nya Restoran D'Simpang.

Yang ni nasi goreng aku, nasi goreng kampung telur mata

Yang untuk Fatahul Nasi Goreng Seafood Telur Mata...
Hb pula order nasi goreng bantal peluk...nama pelik kan...nasi ni macam nasi goreng pataya tapi diatasnya dicurah kuah paprik ada la lauk lauk sikit...selalu nasi goreng pataya kan letak sos cili...
Jadi kalau nak cuba boleh la datang ke Restoran D'Simpang Seri Iskandar kedai ni berhadapan dengan kedai 1 Malaysia. Mudah je nak cari..

Label Makanan Hasil Tangan Nadia

 Kalau masa kenduri ni macam macam idea datang last minit kan...
Aku suruh Nadia buat label menu apa yang kami ada. Jadi tak la tetamu tertanya tanya menu apa yang ada kan... Ku simpan di sini di dalam blog kesayangan sebagai kenangan

Ais Krim


Kek

Lemang


Laksa


Dadih

Apam Balik



Pelamin Untuk Perkahwinan Along

 Pelamin ni pun ku tempah dah last minit...Nasib la tuan pelamin ni sudi mengambil tempahan lagi...
Pelamin bajet bermula RM250 - 900.00

Pelamin ku ini berharga RM300 sahaja... Murah kan dan nampak elegen je...
Aku saja memilih bunga pelamin putih dan cream sebab bila bergambar nanti tak kira la warna apa pun baju tetamu mesti match dengan pelamin ni nanti...
Pada sesiapa yang berminat boleh la menempah pelamin ni
Area Perak (Parit, Pulau Tiga, Ayer Tawar, Kuala Kangsar, Bota, dll)
Contact : Princess Arale Chan -FB / Whatsapp
013 - 490 9941

Bunga Penanggah Untuk Kami

 Rasanya tak cukup kalau majlis perkahwinan tak ada bunga penanggah..
Walaupun majlis ni semuanya diuruskan oleh katering..nak la juga pakai untuk menandakan kami ni tuan rumahkan...last minit baru teringat...adaoooiiiiii nak beli kat shopee lambat dah.
Plan hari rabu lepas balik kerja nak ke Semua House atau Masjid India je cari bunga tu...
Lepas tu BFF ku Miza, takpe aku buat kan untuk mu...hehehe TQ Miza... mu la penyelamat.....
Disebabkan baju kami warna cream, Miza buatkan bunga warna macam ni...




Kawan ku Miza ni memang kreatif..tanya la jenis apa bunga kita nak dia akan cuba melakukannya...
Hasil nya memang terbaik...

Makan Di Medan Selera Bandar Sri Permaisuri

 Selepas balik dari NSK Kuchai, Kami terus ke Medan Selera Di Bandar Sri Permaisuri...
Kita Makan di Gerai No A3 kot tak silap aku..selalu makan kat C10..Kita tukar angin pula...
Aku dan hb makan nasi goreng pataya dengan teh o ais lemon..




Sementara menunggu makanan, aku order keropok dahulu...
Sambil layan tv didepan mata.....

Misi Mencari Goodies Kenduri

 Hari rabu 25/05/2022 sebelum aku balik ke kampung keesokan hari nya.... aku mengajak hb ke Pemborong Makanan Ringan di NSK Kuchai Lama.. Selalunya bila ke NSK aku cuma melihat lihat sahaja malas la aku nak masuk kan... Bila masuk ke dalam kedai wah...banyak nya makanan yang dijual sesuai untuk goodies perkahwinan, harijadi dan macam macam lagi.....

Aku cuma mengambil gambar di dalam kedai ni....Mari layan gambar yang aku ambil ni...













Biskut walfle ni sedap...


Aneka jelly

Yang kan selalu orang buat goodies untuk budak budak






Biskut pack dalam botol kot nak beli sikit la kan

Dalam tin pun ada juga



Aku suka sangat coklat ni siap bungkus dah...

Walfle jenama white castle



Asam boi....
Kot nak ikutkan banyak lagi gambar yang aku nak ambil....
Tapi cukup la yang ni je...kalau sesiapa yang teruja nak melihat tu boleh la ke NSK Kuchai Lama..


25 May 2022

Goodies Untuk Kenduri Sabtu Ni @ 28/05/22

 Kalau buat kenduri kahwin, salah 1 perkara yang susah juga kita nak pikirkan ialah goodies. Apa la nak diberi kepada tetamu nanti. Pikir punya pikir ok la...Kita buh biskut biskut je la...
1 lagi masalah nak mencari biskut ni bukan senang dan bukan semua kedai ada jenis yang kita ingin kan... Nak beli dari KL malas la pula nak membawa nya... Jadi ku suruh Nadia cari di area Ipoh...
Sampai je area Kinta boleh tahan juga mahalnya biskut yang mereka jual. Ada tu tak jual setin, jual perkilo lagi la mahal. Aku baru teringat nak mengoogle kedai yang jual biskut ni...
Bila ku google dapat la 1 kedai menjual biskut di area Batu Gajah.
Kali ni kedai ni memang murah...tapi banyak juga la stok yang dah habis.... Maklum la semua nya nak guna kan biskut ni sebagai goodies kan.....


Biskut Mini Stick ni RM50.00 setin @ 4 kg
Yang ni beli di area Kinta


Ini biskut drumstick RM61.30 @ 5 kg
Harga termasuk tin ku beli ni Kedai Biskut Ceqa

Yang ni Biskut Iced Gem RM50.00 @ 4 kg
Harga termasuk tin. Ni beli di area Kinta

Ini biskut milk bear RM55.30 @ 4 kg.
Harga termasuk tin.
Yang ni aku beli 2 tin, 1 perisa susu 1 lagi perisa strawberry

Yang ni biskut seafood RM49.90 @ 4 kg.
Harga termasuk tin

Yang ni biskut donut pineapple RM57.00 @ 5 kg.
Harga termasuk tin.

Masa beli biskut ni aku berurusan melalui whasapp je...Dengan staff mereka namanya Nabilah.
Peramah dan sangat membantu...Menurut Nabilah kalau setakat area Ipoh mereka boleh buat COD je, mudah kan..tapi aku tinggal di Bota... In Sha Allah kami boleh hantar juga kak....sebab ada juga customer kami yang tinggal di Lumut... Kalau pada sesiapa yang ingin membeli biskut boleh la datang ke kedai ni. memang aku rekomen ssgt....

Nama Kedai :
Biskut Ceqa Batu Gajah : 017 - 941 0503

Staff nya :
Nabilah : 017 - 344 7301

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...