11 May 2022

Ke Bazar Ramadhan di Kuala Kangsar

Petang hari sabtu kami ke bazar ramadhan...Ingat nak ke Manjung je... Rasa malas la pula... Nak ikutkan bazar ramadhan Manjung memang besar...Hb tanya kemana kita, aku cakap kita ke Kuala Kangsar je la....senang tak la ramai orang...
Dari Bota ke Kuala Kangsar, kami ikut Tanjung Belanja dan masuk ke Senggang.. Malas la nak ikut Manong.....tiap kali pun akan ikut jalan tu....

Jalan Senggang ni besar dan tak ramai orang yang lalu...

Kalau lalu Jalan Senggang ni kita akan melalui Kampung Menora...
Lalu ikut atas jambatan, bawah nya Highway PLUS... nampak la highway tu...
Kete banyak kan nak ke utara....mesti kat terowong Menora tu jem sebab kereta perlahaan kerana menuruni bukit....

Hentian Sungai Perak hala ke KL...


Tak banyak kereta pun...nanti lepas raya mesti sesak ni...

Sebelum sampai pekan Kuala Kangsar di sebelah kanan kita akan jumpa gerai popia ni...
Selalu lalu je tak pernah beli...Tengok ramai orang beratur aku pun beratur la juga
sebiji popia basah atau goreng RM1.30

Popia goreng

Popia basah

Nampak menyelerakan...
Ada lagi popia di Kuala Kangsar iaitu orang orang kuala panggil Lembah...
Tepi sungai perak tu je...Aku suka yang itu harga nya cuma RM1.00 sebiji....

Bazar ramadhan Kuala Kangsar


Selesa berjalan kerana berbumbung tinggi macam ni.. tak panas 

Harga air balang ni rasa nya sama je harga di KL...


Ayam gunting pun sama je harga nya....
Habis membeli kami pun balik masa ni jam dah nak dekat pukul 6.15pm..
Jom kita balik nanti tak sempat sampai dah berbuka pula....

Waktu balik kami masih melalui Jalan Senggang ni...
Boleh nampak reptilka labu sayong ni..belok kanan...

Ramai juga jualan labu sayong...boleh la kalau nak beli untuk kenang kenangan...
Pilih je ada banyak pilihan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...