Hari khamis 26/05/2022... kami pulang ke kampung... sibuk nya dari siang sampai ke malam...mana orang datang pasang pelamin, pasang kain tabir khemah... mana nak buat dadih lagi..nasib la Ilah sudi membantu aku membuat dadih... selesai tugasan dalam 10.00 malam. Hb dah la belum makan nasi lagi waktu siang tu...Jadi aku hb Alif dan Fatahul ke Seri Iskandar tengok la mana kedai yang buka lagi...Perut pun dah lapar kan...Bila sampai banyak dah gerai gerai tomyam depan Billion dah pun tutup.. Kami terus ke areaPersiaran SIBC 4. Nampak Gerai Burger WDP, Fatahul selalu beli burger kat sini..sedap burger nya sebelah tu ada kedai tomyam nama nya Restoran D'Simpang.
Yang ni nasi goreng aku, nasi goreng kampung telur mata
Yang untuk Fatahul Nasi Goreng Seafood Telur Mata...
Hb pula order nasi goreng bantal peluk...nama pelik kan...nasi ni macam nasi goreng pataya tapi diatasnya dicurah kuah paprik ada la lauk lauk sikit...selalu nasi goreng pataya kan letak sos cili...
Jadi kalau nak cuba boleh la datang ke Restoran D'Simpang Seri Iskandar kedai ni berhadapan dengan kedai 1 Malaysia. Mudah je nak cari..
Jadi kalau nak cuba boleh la datang ke Restoran D'Simpang Seri Iskandar kedai ni berhadapan dengan kedai 1 Malaysia. Mudah je nak cari..
No comments:
Post a Comment