27 October 2022

Bekal Hari Khamis @ 27/10/2022

 Hari ni dah mula persekolah seperti biasa buat Alif dan Nadia.
Menu simple je untuk mereka. Hari ni Nadia awal balik sebab takde kelas tambahan. 
Alif mungkin lambat sikit. Jadi aku masak kan untuk mereka sup ayam mudah nak makan....


Bekalan aku Nadia dan Alif....


Yang ada bendi rebus ni aku punya...
Pekena dengan sambal belacan kuah sup ayam...sedap ooooo...


Untuk Nadia dan Alif ku tambahkan telur dadar....
Nasi putih yang lembut.....
Alhamdulillah...syukur nikmat rezeki hari ini....

Bekal Ku Hari Rabu @ 26/10/2022

 Bangun pagi ni pikir nak masak kari bangladesh yang viral tu je la....
Malas nak masak banyak menu.
Semua boleh campur sekali

Berlauk kan kari ayam bangladesh, kucampurkan dengan kentang dan juga bendi, ikan masin dan juga sambal belacan. 1 lauk semua ada kat dalam....
Lauk macam ni pun dah rasa nikmat nya.....


26 October 2022

Zumba Hari Selasa @ 25/10/2022

 Hari selasa.... bertema kan bollywood dan kerincing...
Aku dan Kak Ani memilih seluar dan baju berwarna hitam.....
Hari ni Emma tak join sebab ada meeting... Ni nak dekat dekat PRU ni kan.....







Malam ni ada lucky draw juga...Alhamdulillah Kak Ani bertuah malam ni...


Malang Hari Selasa @ 25/10/2022

Kata orang malang tak berbau.... Tak pernah pernah lagi aku drive kereta...tayar boleh pancit sampai kempes angin nya... Selalu nya sempat la lagi ke kedai tayar...
Mungkin tayar aku terlanggar screw dah dari pagi tadi. Jadi anginnya keluar perlahan lahan sampai kempes.....
Masa nak balik aku tak perasan lagi padahal tayar belah depan drive... Bila aku jalan je kenapa berat dan terasa rendah sebelah depan.... Erm.... agak dah ni mesti tayar pancit...
Ada la mamat ni ketuk tingkap....kak tayar akak pancit tu...
Masuk parking balik...
Bila aku masuk parking...jiran sebelah ofis aku ni cepat cepat ambil spanar jack...tolong aku tukar kan dengan tayar spare...
Bila ku lihat...baik nya hati mereka...Aku tak kenal pun mereka ni...maklum la mereka baru je menyewa di sebelah ofis aku ni......
 

Gigih mereka menolong aku... hanya Allah je yang membalas jasa kalian berdua....

Besar kan screw tu... mana tak kontang terus angin tayar tu...

Nampak kesan tayar kemek tu... Jadi nya tayar ni pancit memang dari pagi la sampai petang aku nak balik baru perasan....

Bila dah ditukar tayar spare.
Aku terus ke bengkel yang berhampiran. 
Tampal tayar yang bocor tu... isi angin....
baru la aku balik rumah...kot balik terus nanti buatnya kedai tayar dah tutup....
Tak berganti pula tayar kereta aku tu....
Apa pun hari ni adalah pengalaman yang bermakna.... 
Bila kita buat baik sesama kita....tak rugi pun kan....

Menu Bekal Hari Selasa @ 25/10/2022

Hari ni dah mula kerja selepas cuti lama Deepavali.  Sekolah masih bercuti lagi... Khamis baru mereka bersekolah...
Tak tau nak masak apa...tengok apa ada dalam esbox.... 


Aku buat sambal tumis tempe ikan bilis dan juga kentang goreng.
Aku tumis juga sayur buncis di pecah kan telur.
Untuk diorg kat rumah aku goreng kan juga telur dadar.....
Alhamdulillah...dah kenyang pun...

Makan Tengahari Di Nasi Ayam Penyet Dora MJ

Dalam perjalanan balik masa ni dah pun tengahari. Perut pun dah mulai lapar. Jom kita singgah makan kat Langkap.... Rasa macam nak makan ayam penyet....
Tapi bila sampai aku makan talapia penyet la. Bila tengok ikan tu besar dan nampak menyelerakan....
Nak ikut kan ini bukan la pertama kalinya aku makan kat sini. Dah banyak kali juga... 
kadang makan sebelum nak ke kampung. kadang tu makan nak balik ke KL....
Sebelum ni pernah makan juga DI SINI.



Ni makanan aku...
Hb macam biasa la makan ayam penyet, Alif pula makan bakso kosong je....
Selain tu aku bungkuskan juga 1 set talapia penyet untuk Nadia.
Kata nya dah masak... tapi bila malam aku tengok elok je dia balun nasi tu...
Erm.....

Sarapan Pagi Hari Deepavali @ 24/10/2022

 Pagi pagi sebelum bertolak balik ke KL, aku sediakan sarapan buat keluarga ku. Mak kata masak je la kat rumah tak perlu la nak makan kat kedai tu.....

Aku memang dah siap kan perencah untuk buat nasi goreng dari rumah.... Senang tinggal nak masak nasi dan tumis je la.....Manakala mak buatkan kami murtabak pisang. Ni kuih orang banjar...


Menu pagi ni : nasi goreng cili api, murtabak pisang, kuih bakar (sepupu bagi) pulut udang (beli kat simpang Changkat Jering) croissant, nasi ayam (along beli kat Tesco) karipap dan juga japaneses cheese cake...



Alhamdulillah walaupun menu ni tak la banyak sikit sikit je...tapi cukup la buat kami sekeluarga...
Lepas je makan aku menuju ke Seri Iskandar nak kena cari pasir kucing sebelum balik KL.
Nanti habis macam mana la mak nak p cari....
Balik dari Seri Iskandar kami pun bersiap siap la nak balik ke KL.....

Hari Ahad, Kami Merounder Sakan

 Bila selesai makan aku mengajak hb naik Cameron Highland. Malas kata nya nanti jem la apa la...
Erm.... tapi hb tak menolak bila aku mengajak nya pusing je mana aku suka...
Hahaha...
Dari situ kami meneruskan perjalanan ke Sungai Siput. Bila melalui pekan Sungai Siput.
Aku terlihat Family Mart dan CU Mart bersebelah je.... 

Singgah CU Mart beli Jeonju Beef Gochujang Cup Bap
RM9.99

Ni la rupa nya.... Panaskan dalam microwave jap...
Makan dalam kereta je...

Perjalanan diteruskan menghala ke Kuala Kangsar. 
Singgah di Lembah nak beli kan mak apam tepung beras.....
Sambil tu tengok tengok... macam teringin nak makan laksa la pula...


Popia Omar, Orang Lama.


Kami singgah makan laksa dan cendol kat sini

Ni kedai dia

Makan laksa kuala... Laksa kuala ni tak sama dengan laksa kedah laksa penang.
Laksa ni buatan sendiri....dan juga kuah nya yang cair.....
Aku suka hirup kuah nya...laksa nya aku tak bape gemor sangat la
Makan pula cendol pulut durian..... RM5.00 je
Laksa pula RM3.50


Yang ni la apam tepung beras.
1 set RM4 ada 2 biji, aku beli 2 set

Dah makan laksa cendul perut pun dah kenyang, Kami meneruskan perjalanan ke Changkat Jering,
Trong...Rupa nya hari ahad pasar tu tutup... Berangan la nak makan laksa la, mee rebus la, satay la, kuih2 orang banjar.. ikan masin...hampeh.... Pasar ni buka hari sabtu je....
Alahai.... ingat nak teruskan ke Taiping tapi hari dah petang dalam kul 5.45 ptg dah..... 



Tapi aku beli pulut panggang 5 biji.... RM1 1 biji....

Erm... ok la kita balik je melalui jalan Trong - Beruas...
Kot yang penah lalu jalan ni tau la kan macam mana...Jalan nya berlekok lekok dan keadaan jalan nya yang sempit dan tak berapa cantik.....
Akhir nya kami sampai rumah mak dalam jam 6.45 petang.
Puas seharian berjalan kan....








Lawat Sepupu Di HRPB Ipoh

 Lepas je kami bersarapan di rumah, aku dan hb menuju ke HRPB Ipoh.
Melawat sepupu ku yang masuk hospital. 
Masa nak cari wad ni agak sukar juga la.... akhir nya jumpa.
Setelah berbual bertanya khabar... kami pun balik.
Kalau di sini nak jumpa pesakit. Kita diwajibkan melakukan swab test depan security.
Boleh je nak bawa test kit tu sendiri atau beli je kat security tu RM8.

Dah siap berborak bergambar... Kami pun balik.
Tak nak lama lama nanti menganggu pesakit nak rehat.

Bila jam menunjukkan jam 2 petang. Perut pun dah lapar ni.
Berhenti di petrol pam. Makan nasi berlauk kan daging masak kicap berempah...
Kami kongsi je nanti tak habis...
Alhamdulillah kenyang... Kemudian kami meneruskan perjalanan ke tempat lain pula.
Kemana tu....



Makan Viral Masa Kini

 Bila benda ni menjadi viral dok lalu lalang kat wall TT aku.... Eh ni tak leh jadi ni aku kena cuba gak ni.......Nak ke Kieda Crepe jauh sangat. Nak p Melaka tak pegi lagi.
Aku pun terlihat ada 1 kedai ni kat area Seri Iskandar.... ada jual benda ni....




Yang ni Mille Durian Crepe.
Harga RM16.00
Memang sedap. Ada la 3x dah aku beli... Ha kau...sedap ooo layan benda ni sejuk sejuk...


Yang ni Tornado coklat kek...
Harga aku lupa dah....Kot yang tak suka manis.... 
Tornado kek ni sesuai sangat.....

Yang ni Crepe Strawberry...
1 bekas ada 3 crepe perisa.
Strawberry, coklat dan milo harga cuma RM8


Yang ni coklat B40
Harga RM15
Yang ni aku beli kat Kedai Kek Tapak Kuda Dapur Azra.

Pada yang tak suka manis... kek coklat ni ok la sedap
Coklat yang tak berapa manis dan pahit pahit macam tu.....






Makan Malam Di Parit @ 22/10/2022

 Hari sabtu lepas, nak ikutkan plan asal memang tak nak balik kampung masa ni...takut balik nanti kena jem, disebabkan cuti deepavali dan juga cuti sekolah.
Kami balik lewat juga la...petang macam tu selepas hb balik dari kerja.... dalam kul 3 lebih juga la....
Perjalanan diteruskan... kadang kadang jalan lancar kadang kadang jadi perlahan... tapi tak la jem sangat. Selalu nya sampai je Exit Tol Behrang...kami dah memilih untuk jalan biasa je.. bila info trafic mengatakan jem di Slim River.... jadi nya lebih baik ikut jalan biasa je...
Bila dah masuk jalan biasa tu. Kami selalu memilih mengikuti dari Behrang, masuk ke simpang Gunung Bersaout, kemudian masuk ke Kampung Bikam, Chui Chak dan seterusnya ke Langkap.
Dari Langkap menuju ke Chenderung Balai, Kampung Gajah dan seterusnya ke Bota Kanan....
Ingat nak balik rumah mak je tapi bila tengok jam dah kul 8 malam, kami meneruskan perjalanan ke Parit je... Petang sabtu kat Parit ada Pasar Tani. Boleh tahan juga jualan yang ada kat situ. 
Kalau tak makan kat pasar tani kami akan pergi ke sebelah Balai Polis Parit. Kat situ malam malam happening sangat.

Nak ikutkan ni bukan la pestime aku makan kat sini.
Banyak kali juga la. Boleh lihat entri DI SINI dan DI SINI

Yang ni maggi kari untuk Alif.
Masa order tu aku bayang kan maggi kari berkuah penuh sayur dan telur...
Rupanya bila sampai macam ni... ditumis di buh kicap sos dan juga perencah kari....
Sedap nya.....

Yang ni tauhu bakar

Roti canai wajib cuba

Nasi lemak telur mata...sambal sedap sangat.
Tapi cuma ada telur mata je..lauk lain takde

Char keo teow

Kami makan ber3 termasuk air
Harga cuma Rm22.00 je....


Yang ni aku beli kt pasar tani
RM4
Keo teow + maggi goreng

Dah siap makan...kami terus ke Bota balik rumah mak...
Sampai dalam jam 10 malam... Penat ooo
Esok nak p mana pulak....

Zumba Hari Jumaat Lepas @ 21/10/2022

 Zumba hari jumaat lepas bertema kan purple.....
Kali ni bersama dengan tenaga pengajar ibu dan anak....
Lincah nya si kecil sehingga kami ni tak terikut.... Mercit la peluh menitik....
Hahaha......







Selalunya sebelum mula... memang selfie dulu la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...