Menu hari isnin....
Malam tadi sebelum tidur aku dh siap kan potong buncis, hiris bawang cili, blander bawang dan juga cili kering. Sambil sambil nak tunggu pukul 11 ambil Nadia balik kerja..
Bila bangun pagi mudah la aku masak....
Menu hari ni...
Ayam masak merah
Buncis tumis telur (clearkan stok buncis)
Ikan pekasam (clear kan stok ikan pekasam)
Nasi goreng
Ni bekal aku....dan juga Alif
Nasi putih tu aku tak buh ikan pekasam...
Alif punya nasi goreng... kebetulan nasi hari ahad banyak takde orang makan.
Mana tak nya masa hantar Nadia pergi kerja, kami merayau sampai ke Taman tasik Permaisuri tengok jualan makanan kat situ. Nadia belanja sushi, kerabu maggi, tauhu bergedil, meatball.
Tu psl la malamnya masing2 tak makan nasi dah...
Jadi nasi tu ku simpan....Jadi la nasi goreng buat sarapan dan juga bekal Alif ke sekolah...
Minggu ni minggu pemulangan buku teks... Cepat je masa berlalu...
Bulan 3 ni Alif kiranya dah tingkatan 2 la...
No comments:
Post a Comment