Hari ni dah jumaat... Esok cuti...yahuuuuuu......
Disebabkan kulit popia ada lagi sikit. Aku pun buat la mini murtabak sardin.
Mudah kan guna kulit popia.
Nanti aku tunjuk kan step nya. Pagi tadi nak cepat... Malas nak ambil gambar.
Nak buat mini murtabak ni ada cara nya. Kalau tak masa korang letak telur atas kulit popia tu berlenang la nanti telur tu ke sana sini... So ada teknik dia la... Korang boleh tengok kat SINI
Aku buat guna 5 biji telur campur sardin bawang dah juga cili.
Dapat la dalam 15 biji murtabak ni....
Sambil aku buat murtabak tu aku masak nasi.
Ingat nk buat nasi goreng. Kalau nasi baru boleh la diorang makan sampai petang tak basi.
Kalau nasi semalam sampai tengahari dah basi la kan....
Aku buat nasi goreng kampung. Tapi tak buh sayur. Malas aku nak siang siang sayur.
Kosong macam ni pun nikmat dah....
Hehehehe....
No comments:
Post a Comment