01 September 2022

JJCM - Vanilla Temerloh

 Destinasi seterusnya ke Vanilla Temerloh.
Tempat ni dah lama wujud cuma nya kami tak pernah ke Temerloh.
Dah alang alang sampai ok la kami ke sini juga. Walaupun perut masih lagi kenyang tapi dek kerana kedai viral ni ok la kami pergi juga...jangan nanti orang tanya ada pergi ke Vanilla Temerloh...
Mesti la ada kan.... Aku ni pula kot ais krim ni memang kurang la tapi dek kerana dah viral makan la juga kongsi bersama dengan hb dan Alif...
Macam mana nak sampai ke sini... Google je la senang je....


Bila sampai sini boleh nampak signboard ni....

Tengok menyelerakan... tapi dek perut masing masing kenyang....
Tengok je la


Kami beli set ubi kayu ni

Kami beli juga curly fries ni


Ais krim vanilla
2 scoop RM8.90
1 scoop RM5.90
Kot tak silap aku la...lupa pula
Air kelapa ni RM5.50 sebiji

Dek kerana cuaca yang panas...cepat la cair ais krim ni


Kentang kerinting ni RM8


Set ubi kayu bersama dengan secawan kopi vanilla
RM8.50


Yang ni la pokok vanilla. Jadi ais krim vanilla ni memang homemade la...guna biji vanilla ni segar dari ladang.... Ladang vanilla ni di kelilingi dengan pagar... kot tak dipagar mau je orang petik buah vanilla ni...

Macam biasa sebelum balik...mesti selfie dulu ngan kak ipar aku...
Balik ni nk makan ikan patin tempoyak....weh makan lagi ke...surrender dah masing masing...
Ok la kita tapau je..Ok next kita kemana ye

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...