Kami bertolak ke Bukit Frazer dalam jam 12.30 tengahari.
Hujan kadang kadang lebat kadang kadang renyai renyai je. Jem juga la di hadapan Muzium tu...
Takpe kita jalan je perlahan lahan.. Abg dan kak ipar aku dah lama sampai...mereka dari Raub je tu pasal dekat la....
Mengikuti jalan nak ke Bukit Fraser adalah satu cabaran bagi orang yang mabuk.. Jalan yang berliku liku... Sepanjang jalan nak ke sini aku lebih banyak mendiamkan diri... Nak berborak pun takde mood... Layan kepala masing masing yang dah tintong......
Akhirnya jam 3.30 petang sampai juga kami ke sini....
Ini la kali pertama selepas pkp aku ke sini. Kali terakhir tahun 2020.
Tak banyak yang berubah pun. Boleh tengok DISINI
Rupanya aku tak tahu port yang menarik kt sini rupanya... La ni tahu dah...
Selalu nya kalau pergi Bukit Fraser kami lepak di kawasan menara jam tu tu...
Kali ni abg aku mengajak kami ke dalam lagi...
Eh best nya...kenapa sebelum ni kita tak tahu erk....ingat kan sini tak best... rupanya best sangat sesuai la dengan kehendak aku...suka tempat yang dingin tapi takde nak bersesak sesak....
Tengok belakang aku tu nampak bumbung tu situ ada foodcourt ada public toilet...
Harga makanan kat situ.. erm la kan tempat macam ni harga nya dah jadi 2x ganda dengan kt tempat kita la kan...tapi ok la kan...bukan senang juga mereka nak dapatkan bahan mentah....
Ratu selfie la kami...aku kak ipar, Pikah, Shahira dan Alif...
View memang cantik.. sejuk tu tak yah la kata...
Dengan angin yang bertiup...rasa tak mo balik dah...
Feeling feeling pegi obesi....takpe la nak p obesi bajet takde lagi...cukup la merasai kesejukan Bukit Fraser ni kan....
Sorang sorang tunggu turn...sabar........
Hehehe.....
Kami berpecah... aku menghala ke KL manakala abg aku menghala ke Raub dan terus ke Kuantan...
Minggu depan kemana pula kita...Ketempat sejuk lagi la kan...
Bersin lagi la aku...Kak ipar kata ko bawa siap siap ubat selsema...Hahahaha...
Lepas ni kita plan datang ke sini lagi ye...Kalau boleh kita bermalam la pula...
Enjoy... our weekend......
No comments:
Post a Comment