Menu hari khamis.... Kurang sangat dah aku nak masak pagi pagi...
Kalau tenghari nanti Nadia yang akan masak untuk mereka... Simple simple je Nadia kata...
Jadi la kan..... Setiap hari bila di timbang nampak la pergerakan angka tu walaupun tak banyak tapi ok la dari takde langsung...
Menu sarapan pagi aku....
3 biji telur mata goreng dengan sedikit minyak je bukan deep fried ye...
Aku letak la kicap sikit.... dan semug essenso coffee, gula nya macam biasa 1 sudu kfc tu je.
Buah pula aku ambil oren dan plum yang ni untuk snacking aku pagi dan petang nanti..tu pun kot lapar..
Kalau aku rasa kenyang tak perlu la aku nak makan....
Yang ni menu tengahari...
Ada 6 keping sandwich telur. Macam biasa aku guna roti gandum gardenia tu je
Hari ni lebih kan sayur sikit... Meriah...
Makan sayur lebih kenyang nya pun lama...
Selalu nya 6 keping ni aku tak makan habis untuk waktu lunch nanti...Akan aku tinggalkan baki dalam 2 keping untuk kunyahan sampingan jam 3 atau 4 nanti....
Yang ni menu anak anak
Yang dimsum tu untuk Alif. Dimsum ni aku beli kat ECO je 4 biji RM2.40.
Sandwich tu pula untuk Nadia....
Tengahari ni tengok la apa yang Nadia nak masak pula....
No comments:
Post a Comment