27 June 2022

Burger Wrap Sarapan Pagi Sabtu 25/06/2022

Sabtu pagi, bangun pagi selepas solat subuh kononnya nak masak nasi lemak untuk bekalan Nadia ke tempat kerja...tapi Nadia kata hari ni ada potluck di pejabat jadi tak mo la bawa bekal....Aku pun terpikir nanti aku nak ke SMKST ada mesyuarat PIBG tahun 2022.. kesian pula Alif nanti nak makan apa.. Alif dah la tak berapa sihat dari semalam balik sek demam batuk selsema...dah berapa hari pergi dan balik sekolah kena hujan....Bila terpikir ada ada beli wrap tapi tak buat lagi sebelum expired baik aku lakukan sesuatu...Malas nya nak buat chicken wrap jadi jalan mudah aku wrap dengan daging burger...sedap Alif kata...Alif makan sampai 3 biji....Bila Nadia tengok...Orang pun nak bawa bekal wrap 1 nak makan waktu sarapan nanti...Erm... ok la...Ada baki lagi 1 biji ni untuk hb la.... 


Wrap ni aku buh sayur salad, timun, tomato, sos cili dan juga mayo..
Untuk Alif kosong je buh sos dan moya...Bagi aku kalau makan wrap ni sebiji pun dah kenyang..

Ini la wrap yang aku beli...roti roll up dari gardenia..
Kami suka yang jenis gandum harga dalam RM5.90 cuma ada 5 keping je...
Anak anak lebih suka gardenia punya kerana wrap ni lembut berbanding jenama yang lain....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...