Hari Sabtu, hari cuti bagi aku.... Kira nya cuti 3 hari la kan iaitu Hari Keputeraan Agong.. Ingat nak balik kampung tapi bila mengenangkan urusan rumah di Damansara Damai tak siap lagi... Jadi kita dok je la kat KL ni masa cuti ni...
Bangun pagi selepas subuh disebabkan kari daging semalam masih berbaki tak dibuang sayang nak makan ngn nasi tak best la pula pagi pagi makan nasi... Aku pun terpikir buat sikit la roti jala ni...buat la dalam anggaran 18 biji cukup la untuk kami kan...tapi aku pula nak makan menu sihat ku buat 4 ketul vietnam roll bersama dengan sejug kecil teh tarik...sekarang ni nak pekena teh tarik kat kedai pun pikir banyak kali....
Alif pun makan juga vietnam roll ni padahal dia memang tak suka makan sayur..tapi bila ku gulung dengan crab stick tu laju je dia makan....
Yang ni pula menu tenghari aku...
Ikan pelaling goreng
Sup ikan senangin
Kobis panjang tumis dengan tauhu goreng
Cicah air asam......
Ikan pelaling goreng
Sup ikan senangin
Kobis panjang tumis dengan tauhu goreng
Cicah air asam......
Yang ni pula aku buatkan dadih coklat untuk Alif...sebab masa kenduri hari tu tak sempat nak merasa dadih coklat...
Yang ini minum petang kami...
Dadih coklat, sweet potato kukus dan teh tarik...
Yang ni pula menu makan malam...
Ingat nak buat nasi goreng tapi hb kata goreng telo dadar je la goreng ikan masin...
Ku panaskan daging masak hitam kenduri tu...cicah air asam...
Hari ni seharian aku masak je...malas nak keluar lagi pun bahan bahan makan ada je di rumah tu kan...
Jangan membazir makan masak seadanya....

No comments:
Post a Comment