Pokok rambutan depan rumah mak aku...kali ni balik buah dah mula menguning...Hari tu buah ni banyak sekarang tinggal sikit kerana monyet datang petik masa buah rambutan ni berputik lagi.... Mak sampai rasa putus asa dah bila la nak merasa buah rambutan kot macam ni...bila berbuah tak sempat nak masak monyet dah datang petik... Lepas tu ada yang kata cuba cakap.... kalau kau nak makan pun tinggal la kat aku sikit...kesian tuan rambutan pun tak merasa lagi....tuan rambutan tu dah tentu la Alif...sebab rambutan ni tanaman Alif... kira nya dah 3 tahun la rambutan ni...Ni kali ke 2 belajar nak berbuah.....
Dah mula nampak kuning kuning...kami pilih mana yang dah kuning / merah kami petik makan...
Ni la pokok rambutan nya...kecik je tak tinggi mana pun rambutan kawin...Nama rambutan budak sekolah...isi manis dan lekang....sedap...harap raya haji ni balik ada lagi la rambutan ni jangan la dihabiskan dek monyet...
No comments:
Post a Comment