Menu hari ini... Menu seadanya dari aku untuk keluarga ku... Alif masih tak ke sekolah kerana batuk dan Nadia sudah berhenti kerja. Beliau masih menunggu panggil guru ganti..Kot ada rezeki nanti dapat la ye.... Seawal jam 5.00 pagi aku dah bangun..mungkin mata ku dah terbiasa macam tu..kadang kadang alarm tak bunyi lagi aku dah terjaga....
Bangun pagi ku kupas ubi keledek oren.. ingat nak buat cek mek molek untuk Alif...Alif suka sangat kuih ni...aku buat dapat la 7 biji...3 ku jadi kan sarapan sebelum ke pejabat lagi 4 untuk Alif makan bila bangun nanti....
Kuih cek mek molek...kuih ni asal nya pantai timur... Sekarang ni mana negeri pun dah tahu makan..kalau dulu kat kampung aku yang tahu nya kuih cuq gelang atau nama saintifik nya kuih keria... Ha gitu........ la ni aku lebih suka buat kuih cek mek molek je senang...gula nya dok belah dalam kan....tak perlu nak bersira sira gula....
Yang ni tumis bayam...aku tumis biasa je...
Kari ayam... ku buat pekat banyak rempah campo dengan serbuk cili tu yang merah tu...
Letak cili hijau dan daun kari nak bagi warna warni...meriah gitu...
Letak cili hijau dan daun kari nak bagi warna warni...meriah gitu...
Kalau makan kari harus la ada sambal belacan...
Sambal belacan selalunya ku jadikan stok seminggu senangkan...
Sambal belacan selalunya ku jadikan stok seminggu senangkan...
Tak perlu la nak memblender setiap hari... Jimat masa jimat elektrik....
No comments:
Post a Comment