29 July 2022

Menu Hari Jumaat @ 29/07/2022

 Pagi ni cuaca agak mendung...tapi belum nak hujan. Dalam hati berdoa biarla hujan selepas Alif ke sekolah.. kesian pulak nanti kena hujan...
Sambil ku goreng telur sebiji demi sebiji... Menu hari ni cadang nya nak buat telur mata masak asam...Semalam dah buat ayam masak asam.... lepas tu ku buatkan juga bendi tumis telur dan juga keo teow goreng....

Ini la dia menu kami yang sederhana untuk hari ni......
Telur masak asam
Bendi tumis telur
Keo teow goreng

Ni bekalan aku dan Alif

Ini untuk aku sarapan di rumah...
Terpedas pulak keo teow ni...harap Alif boleh la makan...
Pedas pedas pun sedap juga. Minum bersama se mug Essenso coffee..
Layan oooo sambil dengar Radio Sinar di Astro je.....

Rezeki Malam Jumaat

 Lepas je solat magrib, sambil melayan cerita pukul 7 TV3, Risik Pada Hati....
Tiba tiba mesej dari whatsapp masuk... Dari Ina....

Ina : Shima, malam ni mu ada pegi mana tak
Me : Takde pegi mana mana
Ina : Aku nak order tako boleh tak
Me : Boleh je.... Berapa mu nak
Ina : Aku nak 30 biji...
Me : La ni aku jual RM10 - 12 biji
Ina : Boleh la aku nak RM20.00
Me : Nak pedas ke biasa
Ina : Pedas la
Me : Bereh...

Dalam aku sibuk membuat tako untuk Ina, Ros jiran aku mesej di hp lagi 1...
Memang tiap malam Alif akan main hp aku tu...Alif kata mama, Cik Ros nak order tako...
Dalam dok terkocoh kocoh memasak tako Ina aku suruh Alif call je Ros...

Me : Assalammualaikum Ros
Ros : Waalaikumsalam... Shima, Ros nak selit order tako ni"
Me : Boleh je ni pun tengah buat order Ina punya.. Ros nak berapa
Ros : Ros nak 3 pack la...
Me : Ok , boleh tapi lambat la sikit sebab nak settle kan Ina punya dulu
Ros : Ha....ok boleh je
Me : Nak pedas ke biasa
Ros : Ooooo ada pedas biasa dah ke...
Me : Hehehe..ye ada Ros
Ros : Bagi Ros 2 pedas, 1 biasa
Me : Ok bereh.......

Siap juga tempahan mereka...
Ini la tako yang mereka order
Dalam sejam juga la aku berperang untuk menyiapkan tempahan mereka ni...
Alhamdulillah...orang kata rezeki malam jumaat....
Syukur....

28 July 2022

Menu Hari Khamis @ 28/07/2022

 Menu hari khamis, menu yang ringkas tapi membuatkan makan tenghari aku cukup berselera...
Kadang kadang bermain main di minda apa la menu untuk hari esok kan....


Untuk sarapan pagi aku buatkan vietnam roll.
Ini vietnam roll aku minum bersama dengan semug essenso coffee...


Yang ini lauk untuk mereka.
Aku masak ayam masak asam...Allah sedap sunggu masak asam ni.. kalau dulu aku suka buat ayam masak asam pedas tapi kerana bahan bahan yang terhad kat rumah aku buat ayam masak asam je.....
Untuk sayur aku goreng kan kacang buncis bersama telur.....


Yang ni bekal aku dan juga bekal Alif....
Selalu nya seawal jam 4.30 pagi aku dah bangun memasak...Lepas siap masak mandi dan solat subuh, Alif pun dah pergi ke sekolah...Selalu nya aku akan terlelap di sofa buat seketika sementara menunggu waktu nak ke pejabat.... Kiranya cover balik la bangun awal aku tu.....

27 July 2022

Menu Hari Rabu @ 27/07/2022

 Menu hari ini.... Untuk sarapan aku buatkan takoyaki.. boleh la Alif bawa bekal ke sekolah juga. Tapi bila lihat ada ayam goreng terus Alif nak bersarapan di rumah. Jadi untuk bekalan Alif cuma bawa 6 biji takoyaki.... Ku masak kan juga labu masak lemak putih campur sohun, goreng ikan masin... sambal belacan memang sentiasa ada stok dalam peti ais...


Yang ni sarapan pagi aku...
8 biji takoyaki aku buh cupsium flake baru la rasa pedas pedas dan juga semug essenso coffee.
Cukup la makan ni untuk makan pagi aku untuk sampai ke tenghari....
Alhamdulillah syukur.....

Nasi Goreng Biasa Dengan Telur Mata Dinner Semalam

Untuk dinner semalam bila ku lihat nasi putih masih berbaki, kepala terus ligat memikirkan buat nasi goreng je la...Nasi goreng biasa ok la sebab dah lama juga aku tak buat nasi goreng biasa. Ku gorengkan juga telur mata sorang sebiji. Ku panaskan sup ayam yang masih berbaki seketul tu. 

Alhamdulillah mereka kekenyangan dengan juadah yang simple ni.
Shahira pun bila balik kerja makan nasi goreng ni juga..
Lepas je magrib aku terus lena dibuai mimpi... Mungkin siang aku penat dan juga bangun awal seawal 4.30 pagi. Jadi bila dah malam tu ini la masa nya untuk aku berehat....

26 July 2022

Menu Hari Selasa @ 26/07/2022

 Hari ni seawal jam 4.30 pagi aku dah bangun. Rendam bihun, potong sayur sayur....Sambil sambil otak dok memikir bihun versi apa lak nak dibuat pagi ni...Kalau bihun berkicap memang anak anak tak suka termasuk aku.....Erm.....

Ku tumbuk cili api bawang merah bawang putih...ok aku jadikan bihun goreng cina je la...sedap juga versi macam ni...disebabkan Nadia alergik dengan udang aku cuma letakkan 2 biji telur saja..sebagai perencah selain sos tiram, sos ikan, sos ayam, kiub ikan bilis, secukup rasa dan juga garam.....
Bihun ni saja ku hancur hancur kan... mudah nak makan......
Untuk aku bila sarapan mesti la bersama dengan semug essenso coffee...

Yang ni untuk makanan yang dirumah.....buat mereka sarapan dan makan tengahari...

Yang ni bekalan aku, Shahira dan Alif...
Alif punya aku bungkus dalam kertas je senang Alif nak makan....
Untuk Shahira ku tambahkan dengan telur dadar....
Alhamdulillah menu simple kami hari ini....

Spaghetti Bolognese Dinner Malam Semalam

Dinner semalam cukup mudah iaitu spaghetti bolognese. Ku habiskan stok spaghetti dan juga sos prego. Hujan hujan ni lapar je perut mereka. Jadi menu ini cepat dan ringkas.... 


Sos ni ku tumis dengan 2 sudu cili kisar. Tekak melayu mana nak yang masam masam kan....
Ku letakkan sebiji kiub ayam berserta sosej dan juga chicken ball....

Selalunya aku guna angel hair. sebab nya lebih halus dan mudah lembut bila direbus dan bila makan tu tak rasa jemu berbanding dengan spaghetti yang kasar dan juga lambat nak lembut....
Bila bangun je tidur...bekas ni semua dah siap dicuci.....Ingat kan ada lagi berbaki boleh la sambung makan lagi pagi ni....

25 July 2022

Malam Minggu Makan Di Parit

 Bila lepasj e magrib abg mengajak kami mengeteh...Ku kata kan kalau takat mengeteh tu ok la sebabnya kami masih kenyang lagi kerana petang tadi kami singgah di Langkap.. Aku cuma makan keo teow bakso, hb mee goreng basah dan Alif maggi goreng...
Jadi nya kami ke Gelung Pepuyu mencari satay untuk anak anak dirumah...Selepas membeli satay kami terus ke Gelung Gajah untuk mencari tempat nak lepak malam ni...takde pula jumpa kedai nak lepak sehingga la ke Pekan Berus...kami meneruskan perjalanan ke Parit pula...sampai la ke Pekan Parit...Meriah juga la...kami menjumpai kedai panjang di sebelah Balai Polis Parit ni... Memang rekemon sangat la kedai ni...owner nya yang ramah...
Ada roti canai, tauhu bakar, nasi lemak, char keo toew dan juga goreng goreng....
Disebabkan masih kenyang aku cuma makan sekeping roti canai bersama teh tarik... 
Eh nak cuba la tauhu bakar ni...order je abg aku kata....
Wow tak sangka memang sedap tauhu bakar ni....

Selfie dulu sementara menunggu makanan tiba...
Kami cuma ber3 kerana SIL aku ada meeting di KL.
Org KL turun kampung orang Kuantan turun KL pula....

Tauhu bakar RM3.00 perset..
Memang sedap bersama sosnya yang padu...
Bagi aku yang berpenyakit resdung ni....aku boleh makan kerana takde rasa sangat otak udang dan juga belacan tu.....

Roti canai...ok juga
Roti nya yang garing memang layan la makan....
Rasanya nanti bila balik kampung memang kami akan ke sini lagi la...
Bila dha jumpa port melepak yang baru ni...
Hehehe....

Latihan Zafina Untuk Kali Ke 2 @ 23/07/2022

 Hari ni Sabtu buat kali ke 2 aku menajalani latihan zafina ni... hari ni cuaca panas terik juga la...
Sesi latihan bermula dari jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari...
Kata Pak Yus kali ni kami semua dah ok dah... seronok memang seronok... Kami kena melakukan 3 lagu terus selama 13-15 minit, iaitu lagu Tualang 3, Rajuk Rindu dan Pahlawa Zafana...



Bersama mereka yang sporting....




Sebelum mula selalunya aku dan Emma akan berselfie dulu la....


Habis je latihan aku terus ke kedai kuning. Ajak mereka makan tengahari...Terkejut mereka harga yang ditawarkan...murah la juga...Ni pingan aku...lauk je lebih tu nasi ada la sesenduk berserta dengan air teh o lemon dan aku juga bungkus rebung masak lemak cili api. Harga nya cuma RM11 sahaja...
Balik rumah mandi terus makan ubat badan dah mulai panas macam nak demam dan selsema...
Tunggu hb balik kerja dalam pukul 2.00 ptg. HB balik je kerja kami terus pulang ke kampung.... 
Sepanjang jalan aku tidur je la dek penanggan ubat yang membuatkan aku laloq tu....



22 July 2022

Inap D Bondang Homestay

Ini cerita tertunggak aku... Cerita tahun lepas pada 25/09/2021. bila ku scroll di galeri hp aku terjumpa gambar gambar percutian yang belum ku upload kan lagi. Sayang pula bila gambar ni nanti terdelete. Percutia ni percutian di masa pendemik tahun lepas. Masa ni kita cuma boleh rentas daerah sahaja. Disebabkan lama kami tidak pergi bercuti hb kata jom kita ke Sungai Besar untuk bercuti. Jadi aku pun melakukan pencarian dimanakan tempat percutian dan homestay yang best untuk kami terjah....
Cari punya cari aku terjumpa di Inap D Bondang Homestay. Masa tu aku booking untuk tarikh 25/09/2021 - 26/09/2021. Homestay berlatar belakang kan sawah padi sungai indah dan damai sekali. Banyak juga la aktiviti yang terdapat di homestay ni. Selain mandi kolam, kami juga berbasikal keliling kampung dan juga sawah pagi...asyik......

 
Kami sekeluarga menaiki basikal...

Mengabadikan kenangan di sawah padi...nun menghijau je kan














Bilik yang aku tempah berhadapan dengan kolam. Jadi mudah la mereka nak ke situ. Dihadapan homestay kami juga disediakan kemah dan juga meja makan boleh la kalau nak menjamu selera.



Kalau nak makan minum disini ada cafe jadi nya kita tak perlu la untuk keluar mencari makanan. Ada pelbagai jenis makanan. Harga berpatutan... Cafe ini di tutup jam 7.00 malam Seawal jam 7.00 pagi dibuka. Kalau nak bersarapan...di sini pun ok makanan semuanya sedap sedap.
Selepas penat mengayuh basikal kami memesan maggi goreng, keo teo goreng dan juga mee goreng.
Berselerakan makan masakan panas panas ni..


Pemandangan sawah pagi ada yang menghijau ada yang baru di tanam...









Bila keesokan hari nya kami bersarapan di cafe ni saja... ada pulut ikan masin nasi lemak bihun mee goreng kuih muih. Rasanya homestay ni kena booking awal kerana sentiasa penuh....

Kalau yang berminat boleh la whatsapp no :

017 - 345 4323 - Ekin
Inap D Bondang Homestay


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...