Semalam lepas je balik kerja aku terus naik komuter menuju ke Shah Alam. Tumpang Nadia, hantar aku ke Stesen KTM Setia Jaya. Mudah la...train ni terus menuju ke Shah Alam. Tujuan nya nak ambil kereta balik. HB datang menjemput aku di Stesen KTM Shah Alam. Lepas pada tu Hb bawa la makan tapi tak tahu tujuan makan di mana... Banyak lagi kedai tomyam yang tutup kerana cuti raya haji.. mereka balik kampung kot... Lepas pusing sana sini tanpa tahu arah tuju akhir nya kami terpandang kedai di sebelah padang. Aku tak pasti nama apa kampung tu. Kami panggil kawasan tu Johan Setia.
Setelah memesan mee goreng basah untuk aku dan juga keo teow goreng basah untuk hb aku pun beredar ke gerai sebelah. Lama betul tak makan takoyaki beli ni selalunya makan yang buatan sendiri. Selalu aku buat crabstick atau pun sosej jadinya kali ni aku beli inti sotong je la...
Aku beli RM5 je ada 6 biji cukup la aku sorang je pun makan... tapi masa mee dan keo teow sampai lupa pula aku nak ambil gambar.... haish......
Lepas je makan bungkus juga untuk mereka yang kat rumah...
Nasi goreng kampung...
Harga untuk makanan kat sini murah juga la
Nasi goreng kampung, mee goreng basah, keo teow goreng basah RM6.00 saja
dan air extrajus RM2.00 saja...
No comments:
Post a Comment