25 July 2022

Latihan Zafina Untuk Kali Ke 2 @ 23/07/2022

 Hari ni Sabtu buat kali ke 2 aku menajalani latihan zafina ni... hari ni cuaca panas terik juga la...
Sesi latihan bermula dari jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari...
Kata Pak Yus kali ni kami semua dah ok dah... seronok memang seronok... Kami kena melakukan 3 lagu terus selama 13-15 minit, iaitu lagu Tualang 3, Rajuk Rindu dan Pahlawa Zafana...



Bersama mereka yang sporting....




Sebelum mula selalunya aku dan Emma akan berselfie dulu la....


Habis je latihan aku terus ke kedai kuning. Ajak mereka makan tengahari...Terkejut mereka harga yang ditawarkan...murah la juga...Ni pingan aku...lauk je lebih tu nasi ada la sesenduk berserta dengan air teh o lemon dan aku juga bungkus rebung masak lemak cili api. Harga nya cuma RM11 sahaja...
Balik rumah mandi terus makan ubat badan dah mulai panas macam nak demam dan selsema...
Tunggu hb balik kerja dalam pukul 2.00 ptg. HB balik je kerja kami terus pulang ke kampung.... 
Sepanjang jalan aku tidur je la dek penanggan ubat yang membuatkan aku laloq tu....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...