Bangun je pagi ni rasa nya nak goreng bihun la. Buat menu yang mudah kerana hari ni Nadia nak balik kampung tumpang mak long nya...manakala aku dengan Alif akan naik bas esok pagi...Bila dah digoreng bihun sebungkus dapat banyak juga la...Jadinya aku pack la untuk dibawa ke pejabat....
Rezeki mereka pagi ni...Hari jumaat yang indah....
Ada baki nasi semalam dan masih elok, aku buat nasi goreng aku bawa sepack untuk makan tengahari nanti... Creampuff tu untuk Alif bawa bekal ke sekolah... Alif dah makan bihun goreng sepinggan...
Alif nak makan bihun goreng kat rumah la mama.... ok jawap ku....
Yang ni baki bihun goreng untuk Nadia dan Alif makan tengahari nanti...
Nasi goreng untuk Nadia makan pagi ni...
Alhamdulillah syukur untuk rezeki hari ini...
Alhamdulillah syukur untuk rezeki hari ini...
No comments:
Post a Comment