Masa dalam kereta hb tanya nak ke mana kita ni...aku kata kita ke Melaka nak tak...lama dah tak pergi last pergi pun tahun lepas....Lama betul aku tak pergi berjalan jalan...selalu nya setiap weekend aku balik kampung atau ke Damansara Damai settle kan rumah tu je la....
Macam biasa HB akan mengunakan lebuhraya PLUS exit Tol Ayer Keroh, kemudian lepas je bayar tol, masuk kiri iaitu simpang ke 2 selepas tol. Sigboard nya ikut Batu Berendam.
Dari situ terus je jalan sehingga jumpa simpang 4 belok kiri ikut Batu Berendam... Jalan terus sehingga jumpa lapangan terbang Batu Berendam dan melalui 2 buah roundoubt jalan terus sehingga jumpa Petronas di sebelah kiri, Belok kiri jalan terus sehingga jumpa kubur cina di sebelah kiri, Kampung Putat di sebelah kanan. Boleh nampak dah MFR (Manggo Float Royal)
Tapi bagi aku MFR ni tak la sesedap dulu dulu.... Kalau dulu aku minum mesti terbayangkan manggo blander nya ditaburi dengan mangga potong dadu...kali ni aku rasa cair je... ni bagi pendapat aku la...sebab nya ini bukan la kali pertama aku mencuba nya....
Siyes laksa ni sedap sangat
Memang wajib beli kalau datang ke sini
Aku suka macam ni tapi bila aku minum tak terasa sangat manggo yang di blander...
Erm.....
Yang ni pun siyes sedap
Rasa masih sama macam yang dulu dulu aku cuba
Kat sini la aku makan roti goyang & laksa
Banyak foodtruck dan jualan sepanjang Pantai Klebang...
Aku membeli 1 set churos sos coklat RM5 sedap weh....
Popia dan juga keropok lekor.
Cukup la tu...perut pun masih kenyang lagi masa makan di Kampung Putat...
Angin bertiup segar...memang boleh lelap la kejap...
Aku lupa nak bawa tikar dan juga kerusi lipat...
Bila berdiri sementara membeli makanan terasa bahang panas mentari.
Aku mengajak hb pulang melalui jalan Masjid Tanah dan terus ke Port Dickson.
Walaupun cuma day trip saja tapi aku puas sangat.
No comments:
Post a Comment