Ini cerita tertunggak aku... Cerita tahun lepas pada 25/09/2021. bila ku scroll di galeri hp aku terjumpa gambar gambar percutian yang belum ku upload kan lagi. Sayang pula bila gambar ni nanti terdelete. Percutia ni percutian di masa pendemik tahun lepas. Masa ni kita cuma boleh rentas daerah sahaja. Disebabkan lama kami tidak pergi bercuti hb kata jom kita ke Sungai Besar untuk bercuti. Jadi aku pun melakukan pencarian dimanakan tempat percutian dan homestay yang best untuk kami terjah....
Cari punya cari aku terjumpa di Inap D Bondang Homestay. Masa tu aku booking untuk tarikh 25/09/2021 - 26/09/2021. Homestay berlatar belakang kan sawah padi sungai indah dan damai sekali. Banyak juga la aktiviti yang terdapat di homestay ni. Selain mandi kolam, kami juga berbasikal keliling kampung dan juga sawah pagi...asyik......
Kami sekeluarga menaiki basikal...
Mengabadikan kenangan di sawah padi...nun menghijau je kan
Kalau nak makan minum disini ada cafe jadi nya kita tak perlu la untuk keluar mencari makanan. Ada pelbagai jenis makanan. Harga berpatutan... Cafe ini di tutup jam 7.00 malam Seawal jam 7.00 pagi dibuka. Kalau nak bersarapan...di sini pun ok makanan semuanya sedap sedap.
Selepas penat mengayuh basikal kami memesan maggi goreng, keo teo goreng dan juga mee goreng.
Berselerakan makan masakan panas panas ni..
Kalau yang berminat boleh la whatsapp no :
017 - 345 4323 - Ekin
Inap D Bondang Homestay
No comments:
Post a Comment