Menu hari ini... Semalam dok memikir apa la yang nak dimasak untuk hari esok. Lauk lauk banyak yang dah nak habis.. Minggu ni kalau tak ke mana mana boleh la ajak hb ke pasar. Buka je peti sejuk nampak sebekas ayam ada la dalam 8 ketul potong kecik kecik tu... Pastu aku lihat beras mathi masih ada 1/2 kilo nanti kalau tak masak berbubuk pulak...sayang kan harga beras ni bukan la murah....
Bila ku lihat minyak sapi masih ada lagi dan masih elok... susu cair pun ada yang tak ada cuma tomato puri...erm.... takpe la aku guna je la sos tomato nak menaikkan warna nasi tu....
Jadi pagi pagi bila aku bangun terus aku masak nasi tomato dan juga ayam masak merah, nak buat jelatah timun nenas stok tu semua takde...takpe la mana yang ada dah la kan.....
Sambil sambil buat nasi tomato dan ayam masak merah, aku buat juga roti telur... untuk bekalan Alif ke sekolah... Bila Alif lihat ada nasi tomato kenapa tak bekalkan Alif nasi tomato...takpe la Alif makan je la roti telur tu.. nasi makan waktu balik sekolah ye....
Pucat je sebab aku guna sos tomato
Ni salah 1 menu kegemaran Fatahul
Jadi la kan...asal perut kenyang sudah la ye...
Rajin rajin la memasak selain menjimatkan ianya juga boleh menjalinkan kasih sayang...
No comments:
Post a Comment