12 July 2022

Balik Kampung Naik Bas

Hari ini aku dan Alif balik ke kampung dengan menaiki bas. Aku memilih bas Plusliner menuju ke Amanjaya Ipoh. Malas la nak ambil bas turun di Seri Iskandar... Kami ber2 saja menaiki bas... Nanti bila sampai di Amanjaya, Fatahul dan Shahira sedia menunggu kami... Aku ni pula ada kepelikan...kalau naik bas tak berani makan minum kerana risau perut meragam...itu pun aku ada rasa senggal senggal tapi kalau naik kereta takde masalah pun... Bas bertolak dari TBS jam 9.10 delay 10 minit.. sepatutnya dalam jam 9.00 pagi.. Masa nak menuruni ke terminal bas, bas plusliner ni di Gate 16. Jenuh aku mencari gate 16 penat berjalan sudah la dari rumah aku menaiki LRT Salak Selatan nak ke Bandar Tasik Selatan.. adakala kena angkat luggage kerana menaiki dan menuruni tangga... berat mengah juga la mengangkat beg ni...Bila dah sampai TBS dan menjumpai pintu pelepasan gate 16 rasa lega dihati.... boleh la relex relex pula....Masa didalam bas...bas ni penuh dengan penumpang.
Perjalanan ada kala lancar ada kala jem juga...Sepatutnya jadual sampai di Amanjaya pukul 12.00 tengahari disebabkan sesekali ada jem jadi nya kami sampai dalam jam 1.20ptg...ok la tu..
Bas lansung tak berhenti di RNR dan tiada penumpang yang ingin ke tandas...Semasa didalam bas aku banyak melelapkan mata sesekali aku tidur.... 

Masa menunggu pelepasan...

Boarding 

Gate 16

Ada gerai jualan kot nak membeli apa yang patut

Sesekali naik bas balik ke kampung memang seronok. Nadia mencadangkan lain kali mama balik naik ETS pula...erm tengok la kerana tambang ETS mahal berbanding bas
sebab tu aku lebih suka naik bas sahaja....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...