12 July 2022

Pasar Tani Di Parit

 Bila sampai di kampung..cuaca dikampung sangat la panas...tidur bangun rasa tak selesa...
Bila kak ipar dan abg aku keluar mencari lemang, manakala Fatahul Shahira Alif dan Pikah ke Seri Iskandar nak menonton wayang Musyrik.. Sebelum tu Alif ada mengajak melihat filem Mat Kilau tetapi mereka semua sudah pun menonton filem Mat Kilau, Alif terpaksa mengalah melihat filem Musyrik lakonan Aeril Zafril. Katanya cerita seram...
Tinggal la aku dan Nadia di rumah bersama dengan mak...Nadia mengajak aku ke Bota Kanan membeli kopi ais katanya sedap... sebelum tu mereka ada mencubanya di Seri Iskandar.. Kata si penjual tu mereka ada cawangan di Bota Kanan. Bila aku pergi memang la takde cuti raya kan... Jadi aku meneruskan ke Pekan Parit kerana setiap sabtu ada Pasar Tani. tapi ada ke tak tu..takpe la kita pergi je kot takde kita balik...

Pekan Parit sedang di naik taraf.....

Alhamdulillah ada pun pasar tani ni... Macam biasa kami membeli keo teow goreng basah...sedap oooo kalau datang sini cuba ye tak rugi RM4 sebungkus..Nasi goreng pun sedap tapi dah selalu aku beli...kali ni nak beli keo teow goreng pula...setelah membeli kami pun balik hari ni dah nak magrib ni nak balik lagi jauh juga perjalanan kan....


Ada bihun, maggi, mee, keo teow dan nasi goreng


Pasar Tani Parit....
Pasar tani ni setiap rabu dan sabtu bermula jam 4.00 petang sehinga ke jam 8.00 malam kot tak silap la...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...