29 July 2022

Rezeki Malam Jumaat

 Lepas je solat magrib, sambil melayan cerita pukul 7 TV3, Risik Pada Hati....
Tiba tiba mesej dari whatsapp masuk... Dari Ina....

Ina : Shima, malam ni mu ada pegi mana tak
Me : Takde pegi mana mana
Ina : Aku nak order tako boleh tak
Me : Boleh je.... Berapa mu nak
Ina : Aku nak 30 biji...
Me : La ni aku jual RM10 - 12 biji
Ina : Boleh la aku nak RM20.00
Me : Nak pedas ke biasa
Ina : Pedas la
Me : Bereh...

Dalam aku sibuk membuat tako untuk Ina, Ros jiran aku mesej di hp lagi 1...
Memang tiap malam Alif akan main hp aku tu...Alif kata mama, Cik Ros nak order tako...
Dalam dok terkocoh kocoh memasak tako Ina aku suruh Alif call je Ros...

Me : Assalammualaikum Ros
Ros : Waalaikumsalam... Shima, Ros nak selit order tako ni"
Me : Boleh je ni pun tengah buat order Ina punya.. Ros nak berapa
Ros : Ros nak 3 pack la...
Me : Ok , boleh tapi lambat la sikit sebab nak settle kan Ina punya dulu
Ros : Ha....ok boleh je
Me : Nak pedas ke biasa
Ros : Ooooo ada pedas biasa dah ke...
Me : Hehehe..ye ada Ros
Ros : Bagi Ros 2 pedas, 1 biasa
Me : Ok bereh.......

Siap juga tempahan mereka...
Ini la tako yang mereka order
Dalam sejam juga la aku berperang untuk menyiapkan tempahan mereka ni...
Alhamdulillah...orang kata rezeki malam jumaat....
Syukur....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...