30 June 2022

Rumah Ku Di Tronoh

 Aku mempunyai sebuah rumah teres di Taman Tronoh Universiti. Cadangnya rumah ini untuk kami duduki kiranya rumah transit la ye. Tapi aku bertanyakan pada anak anak mereka tak mahu tinggal di sini.. Apa kata mama sewakan aje... Pada rumah tu kosong biar la berpenyewa walaupun sewaan nya tak boleh nak cover bayaran bulanan bank.... tak apa la kan....

Bahagian hadapan rumah


Pemandangan dari dalam garaj


Hadapan dari sebelah tepi boleh la letak 2 kereta dalam pouch ni

Hall - Ruang keluarga dan ruang makan sekali...


Bilik air di master room

Dari tepi master room

Bilik master (No 1)

Bilik No 2

Bilik No 3


Bilik air ke 2

Dapur..

Walaupun rumah ni ku beli subsales tapi rumah ini tak pernah diduduki lagi...Kira nya kosong la dalam 6 tahun juga. Tapi keadaan rumah ni cantik cuma berhabuk saja... setelah dicuci ku pasang grill, lampu, kipas....rumah ni dah nampak cantik.
Boleh la sesiapa yang berminat untuk menyewa rumah ku ini...
Boleh PM aku ye...

Produk Terbaru 100+

 Tadi aku ke Speedmart, aku ingin membeli air 100+ untuk buat minum bila di rumah malam nanti. Badan pun rasa tak berapa sihat lagi. Tekak pun perit sikit sikit. Nak makan ubat nanti laloq lak aku kat ofis kan....


Aku jumpa air 100+ ni, botol hitam
Selalu warna biru less sugar kali ni no sugar.
Aku pun nak cuba la apa rasanya.. Ni sesuai la untuk orang sakit dan orang berdietkan...

Tengok ni semua zero....
Harga nya RM3.60 sebotol... ok la kan

Menu Hari Khamis @ 30/06/2022


Menu hari khamis... aku dah sihat sikit.. semalam seharian tidur je lepas makan ubat...
Bila aku ambil gambar dan hidangkan macam ni semua orang ingat aku mc lagi....
Tak la aku dh kerja cuma saja ku hidangkan macam ini....


3 jenis lauk hari ni..
Lala sambal
Sayur campur
Telur dadar


Yang ni pula bekalan untuk aku

Yang ni bekalan Alif ke sekolah.
Nasi goreng biasa dan telur mata.
Semoga bekalan ini cukup buat Alif...
Lagi pun hari ni khamis ada latihan rumah sukan kan....
Alif balik lambat hari ni...Siap minta nak bawa RM1 sebagai bekalan.
Bukan la kata aku ni kedekut tak bagi Alif duit... Alif lebih selesa bawa bekal. Kalau Alif nak duit dia akan minta...



Menu Hari Rabu @ 29/06/2022

Aku tak berapa sihat hari ni...Jadi nya aku mengambil cuti sakit...Baik aku makan ubat dan berehat saja dirumah... Walaupun tak sihat perut kena diisi juga kan...Pagi tadi aku dah bersarapan dengan laksa pemberian Emma....Erm sedap ditambah dengan telur rebus dan juga timun makin meriah la aku makan... ada sebungkus lagi..Nadia pula balun... 
Jadi nya untuk tenghari kena la masak nanti Alif dan hb nak makan apa pulak kan.... 


Ini la menu sederhana aku...
Miza tanya mana sotong, mana udang, mana ayam.... ni menu diet ke menu berjimat..
Aku jawap 2 2 pun boleh...Nasib la anak dan suami tak kisah lauk apa pun janji perut terisi.....

Sakit tekak tapi aku teringin nak makan tempe sambal...

Tumis kangkung ku habis kan stok kangkung dalam peti sejuk...

Telur dadar...
Bila makan pekena dengan sambal belacan....
Perh...nikmat hilang kejap rasa sakit tekak aku tu....

Zumba Hari Selasa Bersama Coach Jijah @ 28/06/2022

Habis je masak...kul 8.30 malam aku ke IYC... macam biasa la kelas malam ni bersama dengan Coach Jijah bertemakan Army.....tu yang semua nampak macam askar tu 



Malam ni Kak Herni ada di IYC




Apa apa sebelum zumba kita selfie ye....

Dinner Bihun Sup Pama @ 28/06/2022

 Lauk makan tenghari sudah pun habis mana tak nya kari ayam dengan sambal belacan berulang ulang la diorang makan... Jadi malam nya aku plan nak buat bihun sup ala pama je mudah gitu...
Aku menggunakan bihun jagung urai... Masa tu ku bayangkan bihun tu mesti la ala ala sohun macam tu kan...bila tengok warnanya yang jernih tu... Rupanya sangkaan ku salah.... Bila bihun ni direndam ia menjadi lebih besar dan kenyal. Masing masing pelik bihun apa yang mama masak ni...

Diantara menu malam ni....


Bihun sup versi Pama... nampak bihun tu agak besar


Kentang goreng... 
Bila bihun tak berapa nak menepati selera tekak masing masing...kentang goreng menjadi kegilan...
Hbs sebungkus digoreng...Makan panas panas berselera la...


Air laici...
Laici ni pemberian mak di kampung... Mak buat sendiri.. kebetulan ada sepupu yang berniaga buah...bila ada buah yang tak berapa elok tu sepupu akan beri kepada mak... Mak pun olah menjadi air laici...Mak kupas buang biji dan rebus dengan air gula...bila nak minum ku tambahkan dengan ais batu...

Ini la dia bihun jagung urai...selalu aku beli yg jenis mi pipih tu... Kebetulan masa pergi Billion bihun ni ada di jual...

28 June 2022

Rumah Di Damansara Damai Sudah Ada Penyewanya

 Setelah sekian lama mencari akhirnya berjumpa juga dengan penyewa yang sesuai dan betul betul berminat untuk menyewa rumah ku ini.. Banyak juga la iklan dilakukan di dalam FB, Mudah, Carousell selain ku letak banner di hadapan rumah... 


Syukur pada Mu ya Allah segalanya dipermudahkan... Setelah penyewa melakukan pembayarannya iaitu 2+1+ RM200.00 akhirnya rumah itu ku lepaskan kepada nya... Semalam aku telah menyerahkan kunci dan juga menandatangani perjanjian sewa kepada beliau....
Terima kasih sudi mendiami rumah akk..Akk harap Han Zalini menjaga rumah akk sebaik mungkin...
Semoga dimurahkan rezeki buat mu....
Amiin......

Menu Hari Selasa @ 28/06/2022

Menu hari ini... Menu seadanya dari aku untuk keluarga ku... Alif masih tak ke sekolah kerana batuk dan Nadia sudah berhenti kerja. Beliau masih menunggu panggil guru ganti..Kot ada rezeki nanti dapat la ye.... Seawal jam 5.00 pagi aku dah bangun..mungkin mata ku dah terbiasa macam tu..kadang kadang alarm tak bunyi lagi aku dah terjaga....
Bangun pagi ku kupas ubi keledek oren.. ingat nak buat cek mek molek untuk Alif...Alif suka sangat kuih ni...aku buat dapat la 7 biji...3 ku jadi kan sarapan sebelum ke pejabat lagi 4 untuk Alif makan bila bangun nanti....

Kuih cek mek molek...kuih ni asal nya pantai timur... Sekarang ni mana negeri pun dah tahu makan..kalau dulu kat kampung aku yang tahu nya kuih cuq gelang atau nama saintifik nya kuih keria... Ha gitu........ la ni aku lebih suka buat kuih cek mek molek je senang...gula nya dok belah dalam kan....tak perlu nak bersira sira gula....

Yang ni tumis bayam...aku tumis biasa je...

Kari ayam... ku buat pekat banyak rempah campo dengan serbuk cili tu yang merah tu...
Letak cili hijau dan daun kari nak bagi warna warni...meriah gitu...

Kalau makan kari harus la ada sambal belacan...
Sambal belacan selalunya ku jadikan stok seminggu senangkan...
Tak perlu la nak memblender setiap hari... Jimat masa jimat elektrik....

 

27 June 2022

Bekalan Aku Hari Isnin 27/06/2022

 Menu hari isnin...
Alif masih tak sekolah sebab batuk dan selsema ada lagi...Nadia pula nak ke pejabat nak letak surat resign... Tak sanggup nak kerja marketing dah...Ye la kalau tak sanggup jangan di paksa.....
Jadi aku sorang je la bawa bekal yang lain akan makan kat rumah je...

Ikan kari nyuk nyuk campur bendi

Sayur campur bersama tauhu telur

Ni la penyedap ni
Sambal belacan...

Ni bekal untuk aku....
Cuaca di KL pagi ni berangin je...Sejuk menyapa di muka... Harus la cepat ke pejabat..takut nanti hujan pula...lagi la sejuk...

Makan Di Restoran Nasi Ayam Penyet Dora MJ Langkap

Masa dalam perjalanan balik kami singgah di Lankap.
Makan di Restoran Nasi Ayam Penyet Dora MJ...kami suka makan kat sini dengan harga perpatutan....

Kira nya ni bukan la pertama kali kami makan kat sini. Sebelum ni pun aku pernah juga makan kat kedai ni DISINI 

Bihun bakso untuk Alif

Nasi goreng kampung untuk aku


Nasi ayam penyet untuk hb.
Aku juga bungkuskan 1 nasi ayam penyet untuk Nadia...
Sampai je KL dalam jam 8.00 malam...



Sarapan Kami Di Kampung Pagi Ahad @ 26/06/2022

Sabtu malam lena aku tidur kerana kepenatan... 
Ahad pagi dalam jam 6.00 terkejut aku bila Fatahul balik..
Panggil aku...mama orang balik...eh kata tak balik.. orang nak pegi Teluk Batik...
Bila dah dikejutkan macam ni terus mata jadi segar...
Bangun solat subuh terus masak sarapan untuk mereka..Fatahul ada bawa lagi 2 orang kawan nya...
Nasib la semalam masa balik singgah di EconSave Langkap beli barang barang nak masak...

Ini la menu sarapan pagi ahad...

Nasi goreng campak campak..nasi putih hari sabtu ada lagi...

Bihun goreng cerdik....buh apa yang ada..
Hehehe..

Sosej roll celup tepung...
Yang pasti budak budak ni semua suka

Karipap kentang & Cucur badak...
Yang ni aku beli frozen...

Nugget tempura jenama Ayam Madu...

Alhamdulillah... Bihun ada lebih, bungkuskan untuk Fatahul dan kawan kawannya...
Nanti makan kat Teluk Batik ye... Lepas makan kami ke Lotus Seri Iskandar, Shahira pegi belajar memandu.... Balik je dari Seri Iskandar, Fatahul pun balik dari Teluk Batik...cepat nya balik ingat sampai petang... lepas tu kami siap siap untuk pulang ke KL...

Makan Malam Di Restoran D'Simpang Bandar Sidec Seri Iskandar

 Di sebelah malam, aku mengajak hb ke Bulatan Amanjaya...jem kereta penuh rupa nya ada karnival orang asli bermula 24/06/22 - 26/06/22..patut la.memang meriah tapi kami tak boleh singgah kerana takde parking...hb kata jom la kita balik...jam pun dah pukul 11 malam...
Balik singgah di Bandar Sidec Seri Iskandar. Makan malam di D'Simpang berhadapan dengan Kedai Rakyat 1 Malaysia...

Mee goreng mamak RM5.50
Shahira punya

Nasi goreng bantal peluk - RM7.00
Hb punya

Nasi goreng bantal peluk - RM7.00
Alif punya

Bihun tomyam - RM6.00
Aku punya

Tomyan & Nasi putih - RM6.50
Mak punya...

Alhamdulillah kenyang dah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...